21 September 2011

Mak kena admitted kat hospital

Harini aku dtg keje dengan mata bengkak & panda, semlm takleh tido nyenyak, risaukan mak aku. Serius aku terkilan & menyesal, selalunya setiap pagi aku call mak aku. Tapi semlm tak sempat nak call sebab kalut dengan keje. Lagi satu tengah malamnya tu aku baru cakap dengan mak, takde pun tanda2 mak tak sihat.

Then selalu kalau pagi tak call, aku akan call tgh hari, tapi tgh harinya aku tak sempat call jugak, Sebab semlm aku masuk office half day, then terus ke centre baru aku dgn kawan2 aku. Discuss untuk launching centre kami 1/10 ni Insyaallah. Encik Cinta yg demam pun aku lupa nak call, hmm apa la aku ni kan, kalau busy keje je semua lupa. Dia yg call aku ptgnya bgtau yg demam dia tak ok lagi. 

Then malamnya dah dekat kul 9 lbh baru sampai umah, aku baru teringat nak call mak. Time call tu my sis inlaw yg angkat. Memula aku ingat mak aku tengah solat, sebab samada mak mandi, solat or tido je yg sebabkan my sis inlaw angkat hp mak tu. 

Tapi smlm dia angkat and cakap " Inda mak sakit" ...serius rasa pengaliran darah dibadan aku terhenti seketika sekejap. According to my sis inlaw "mak senak perut dari tgh malam semlm, tp mild je tu sebab pagi td mak puasa, then bila tgk mak tak ok, sy dah mintak mak buka puasa dan sy dah bawak mak ke clinic, then doctor bg ubat dan inject dah, then balik dari clinic sy mtk mak makan lagi, tapi mak muntah, then skrg tak ok lagi"..Dengar je tu aku terus cakap " cepat bawak mak ke hospital, please. My sis inlaw cakap dah pujuk tapi mak still refuse to do that. Aku mmg rasa kena bwk mak ke hospital, based on my experience if mak cuma gastrik or senak perut sebab angin she suppose to get better after the injection.

Then 10 minutes after that i called my bro, he told me that they are on the way to hospital. Aku serius rasa tak sedap hati sebab aku tak dpt cakap dgn mak, maksudnya mak tgh sakit sangat la tu. Bila agak diaorg dah sampai ke hospital aku called lagi utk pesan apa yg patut dicakapkan dgn doctor. Paling utama kena inform yg mak dah diinject and kita tak sure plak apa jenis injection yg doctor kat clinic tu bg, but it wont make she feel better. 

Then my sis inlaw sms then bagtau aku "depa bg mist.magnesium trisilicate 2 sudu & kat kecemasan"...ok yg tu ubat gastrik tu. So aku cakap, "takkan bg ubat gastrik je, kalau gastrik patut dari td mak dh ok sebab clinic td tgh hari pun Doc dah bg ubat tu"...then after 10 mins, aku call lagi then tanya mak rasa ok sket tak , then time cakap dgn my sis inlaw tu aku boleh dengar suara mak mengerang sakit, then my sis inlaw cakap mak memang tengah mengelupur tahan sakit and the doc & nurse tak datang buat apa2 lagi lepas bagi ubat tu. Doa untuk mak diringankan sakitnya oleh ALLAH sentiasa kat mulut aku time tu. Berharap sangat sakit mak tu boleh sembuh dgn cepat.

Owh time serius aku dah nangis2 & rasa cam nak terbang ke Jitra. sebab aku kenal mak aku, Mak memang seorang yg kuat tahan sakit. Aku pun tak sekuat tu, so kalau mak sampai mengerang & mengelupur tu aku pasti sangat mak mmg sakit yg tahap melampau. So aku terus mintak my sis inlaw utk suruh doc buat something. Then diminta tu  Doc pun inject mak aku. So lepas 10 mins aku call lagi untuk tanya mak aku ada rasa kurang sakit tak. Tapi my sis inlaw (Yong) ckp mak masih tak kurang sakitnya.

Aku called kakak angkat aku lagi, untuk make sure betul tak, perlu risau lebih bila after 10 mins of injection mak aku masih tak rasa kurang. Dia cakap yup then she asked me utk request Doc utk scan perut mak aku. Seperti aku dia pun risau mak aku ada masalah dgn usus. Aku byk kali dok tanya Yong, confirm ke mak muntah takde darah, sebab aku takut ada bleeding kat usus mak. So aku & kakak angkat tu terpikir pasal takut usus mak terbelit ke apa plak..owh banyak possible bila senak perut yg melampau tu. Sometime mangsa serangan heart attack pun boleh rasa cam senak perut jugak.

Then bila mak tak ok lagi, Yong kena panggil2 Doc utk buat something, then diaorg drip & inject mak lagi, pastu buat urine & blood test untuk mak. then bila mak tak ok jugak, diaorg buat apa yg kami minta dari mula2 tadi iaitu scan perut mak.Yong sms aku dia ckp tunggu Doc datang explain sy nak kuar sekejap, Aba (abg aku) masuk jaga mak, baru aku teringat sian dia, dia tgh pregnant 8 bulan, terpaksa mengadap kalutnya keadaan dalam ER tu dgn accidentnya dgn lack of paramedic staffs, ikut apa yg dia ckp (aku confirm dalam ER tu mmg kelam kelibut). Ayah aku pun kat ada kat situ, sian jugak ayah sebab kena berjaga time tu dah pukul 2am dah. Tapi mak cuma kurang sket je sakitnya. 

Then Yong call aku, Lepas aku sms dia to say sorry sebab tadi aku macam dok desak2 dia itu ini, dia ckp takde apa, dia ckp takpe, sebabnya bila tgk mak tgh sakit camtu, dia pun dah buntu nak buat apa. So bila aku dok call dia suruh tanya itu ini kat MA, so at this the MA know that we really2 serious mintak they do something to our Mak, sebabnya kalau tak dipanggil, mmg nurse or MA tak datang kat katil Mak sebab kebetulan ER smlm sgt sesak. And aku cakap dgn Dani a.k.a anak buah aku, dia ckp "Nyah, Tok sakit perut, ada banyak kuman diperut Tok, ada kuman besar ada kuman kecik, tp Doctor dah cocok Tok, tapi cocok tu tak sakit pun, nanti lepas makan ubat Tok lega la, nanti Tok tak sakit dah" itu ucapan budak umur 4 tahun untuk tenangkan aku. Then lepas dia ckp camtu aku sambung nangis lagi...

Pastu ntah camna aku tertido, pastu bgn pagi2 sebab abg aku call ckp, Doc cakap semua ok takde apa2 masalah , then Mak kena admitted sebab jap lagi Doc nak check lagi kot2 mak ada masalah stone or batu karang / batu kat mana2. Semua segala test yg dibuat semlm takde apa masalah yg Doc jumpa. Aku smlm tido mimpi macam2, semua pasal mak & ayah aku tu sebab aku nangis2 dalam tido, jadinya hari mata mmg bengkak.

Then baru jap tadi aku dah dapat cakap dengan Mak, suara mak lemah sangat, mak cakap sakit yg memulas tu dah ok sket, cuma sakit bekas mak asyik tekan2 perut dia smlm. Hmm semua ni ketentuan Allah kan, tapi mungkin ni boleh dikurangkan sket kalau Staff Paramedic kat Hospital tu cukup, jadinya baru diaorg dpt monitor pesakit2 kat ER tu betul2, so kalau nmpak pesakit tu sakit sangat pesakit perlu diberikan pain killer yg sesuai. Sebabnya sampai hospital kul 9mlm lebih, lepas kul 4 am baru settle segala test and mak baru ditolak ke Ward. It was 7 hours. Lepas semua staff kat situ "diajar" oleh Yong & Aba apa benda utk dilakukan utk mak aku, baru The Real Doctor datang and explain betul2..and suggest utk admit mak aku kat ward..Awat lama sangat???

Tapi aku tak salahkan staffs kat hospital tu 100% walaupun mulut aku mmg asyik ckp " Nape diaorg lembap sgt buat keje ni, takkan semua kita nak kena ajar"...tapi still aku nak ucap terima kasih jugak kat yg bertugas di ER hospital tu smlm, sebab tolong Mak aku. Diaorg takleh dipersalahkan 100% sebabnya mmg nmpak sgt lack of staffs incharge kat ER tu. Just satu soalan bermain difikiran aku, Apakah Malaysia kekurangan Doctor & Nurse?

Ya Allah ampunkanlah dosa ibuku,
Sembuhkan lah ibuku,
Kasihani ibuku Ya Allah
Amin

 Harap harini mak makin ok, then semoga mak akan sembuh seperti sedia kala.
Baca ni dapat sejukkan sikit hati aku,
‘Setiap muslim yang terkena musibah penyakit atau yang lainnya, pasti akan Allah hapuskan berbagai kesalahannya, seperti sebuah pohon meruntuhkan daun-daunnya.’ (HR. Muslim)


 “ As alukalloohal-’azhiima, robbal ‘arsyil-’azhiimi, ayyasyfiyaka.” (7x)

 Aku memohon kepada Allah yang Maha Agung, Rabb ‘Arsy yang agung agar menyembuhkanmu.”

20 September 2011

Ikan yang menakutkan..scary je rupanya

DEEP SEA CREATURES 

Animals discovered in the deep sea are known to live under very extreme conditions, including darkness, high pressure, and drastic temperature changes. On the ocean floor, hot fluids released from the hydrovents can reach 750 degrees Fahrenheit. In addition, little sunlight, if any, reaches beyond 3,000 feet; no wavelengths can be absorbed, and the world is dark. Consequently, deep sea fish and other animals have acquired adaptations that allow them to "create" their own light, a process called bioluminescence.


Anglerfish (Melanocetus johnsoni)
Nicknamed the "black whale" or "common black devil

Mulutnya betul2 bulat dan besar  tapi ikan ni tak besar sangat plg besar pun 5 inches
***Lebih senang disapa dgn nama John :p ( ini mitos :p )


Ogrefish (Anoplogaster cornuta) 
Also known as the "fangtooth," these animals are found in tropical and temperate waters up to 16,000 feet.
Huish gigi...mempunyai gigi yang sangat tajam. Lagi satu yang uniknya, ikan time jadi anak ikan dan yg ikan dewasa sangat la berbeza,sampaikan biologists amik masa sampai 50 yrs untuk sedar yang ikan2 ni dalam species yang sama.
*** hmm sampai berapa generation biologists pencen baru dpt sedar kan?
tp aku memang respect la biologists seantereo dunia ni...sebab gigih mencari ciptaan ALLAH
dan kita semua dapat dapat tengok :) 





Gulper (Saccopharynx lavenberi)
They eat their prey whole, giving them the name "gulpers." Their victims travel to their "sack-gullet" and into the stomach where they are digested.
boleh membesar sehingga 6 kaki panjang (lebih dari tinggi aku ok) dan ada barisan gigi yg sangat tajam. Sebab badan dia panjang, mengsa akan masuk ke tekak berbentuk karung itu terus ke dalam perut dan dicerna.
*** macam stoking plak sekali aku pandang ikan ni..:p 


semua info & gambar ni aku baca kat marinediscovery..untuk lebih lanjut sila ke sana ada lagi 12 ikan lain lagi. Semua pelik2, conclusionnya, kebanyakkannya akan ada macam lampu kat badan, sebab laut dalam kan gelap. Ini antara gambar2 ikan yang aku rasa cam pelik dan menakutkan la. Dan yg last sekali ini pun ikan yg menakutkan jugak


Eh silap ni bukan ikan yg menakutkan...tapi yg ni
boleh menakutkan ikan..teeheee 
Google picture 

19 September 2011

Camna nak menolak lagi ni?

Bila korang baca entry ni jangan ingat aku Bajet Hot plak tau. Sebab aku sedar siapa diri ini...:) Ini antara masalahnya..ni baru pasal Si A..ada Si B and Si C jugak nanti aku cite di next entry. 

Camni ceritanya, keje aku ni memang selalu la jumpa pesakit2 yang baya umur ayah aku or yang lebih tua dari ayah aku. Dah nama pun pesakit a.k.a customer mestila aku kena layan semua diaorg baik2 kan.

Kalau yang makcik2 or nenek tu ok la, abih sangat kita layan diaorg baik2, then diaorg pun berkenan then kata nak amik kita wat menantu la. 
Then kalau pakcik2 or atuk2 yg ok pun sama la nak amik wat menantu. Tapi yang sangat tak OK nya. Ada pakcik2 yg ala2 gatal a.k.a miang tahap tak ingat tu. Ada ke dok adjust2 aku untuk diri sendiri, serius itu memang aku rasa nak lempang & lesing jugak kang spesis ni... 
Kalau yang muda2 iaitu anak2 or saudara2 patient, bila kita menolak cara baik, diaorg ok, diaorg respect kita...so tak cuba dah adjust2 kita...tapi yang agak tua ni susah sket...

Aku menolak cara baik, still tak paham2 dan masih menggatal lagi...


situasi 1 TIME  (kalau datang nak wat rawatan walau takpayah jumpa aku pun, selalu je suruh staff panggilkan aku kononnya ada kemusykilan nak ditanyakan..(setelah Si A dok puji aku tahap melangit)
Aku : Ya Pakcik nak tanya apa? (terpaksa gi jugak dan memaniskan muka)
Si A : Cuba kamu tengok kaki Pakcik ni
Aku : Owh tengok kaki, Ok je luka pakcik makin ok saya tengok.
Si A : Kamu ni baik la pakcik tengok, bersopan santun & suka senyum
Aku : Dah la pakcik, takyah puji saya lebih2...napa kaki bengkak ni?
Si A : Pakcik berjalan banyak, kalau la kamu kawin dengan pakcik kan senang ada orang jaga pakcik.
Aku : Takpe Pakcik nanti saya pesan kat Makcik (isteri dia) pasal jaga pakcik ya
Si A : Ala dia tak berapa pandai la jaga, kalau kamu jaga Pakcik mesti lagi OK.
(ish serius rasa nak record then play kat bini dia bagi dengar laki dia yg sakit ni dok menggatal)
tu time dia tengah sakit la, kaki tengah luka lagi, kena bantuan isteri lagi time tu pun masih tak sedar diri ke..geram aku bagi pihak isteri dia..


Situasi 2 TIME DAH BAIK LUKA (selalu call HP aku, kalau aku tak angkat, dia call ofis plak, terpaksa jugak cakap , then kalau tak wat dunno malas nak cakap, dia datang ofis plak)..time ni aku dah cakap kat dia "MINTA MAAF PAKCIK SAYA DAH ADA BF DAN INSYAALLAH DAH NAK KAWIN, Saya tak suka la pakcik dok cakap bukan2 dengan saya, saya respect pakcik sbgai orang yg lebih tua dari saya, kebetulan umur pakcik sebaya je dengan ayah saya, So jangan sampai respect untuk pakcik tu hilang "


Aku ingatkan lepas cakap camtu berenti la semua...tapi bila dia dtg...
Si A : Oo susah sungguh kamu nak angkat telefon ya...maklum la orang dah ada BF..Kaya ke BF kamu yang keje NAVY tu?
Aku : Insyaallah dia dapat tanggung saya & keluarga kami nanti Pakcik, Lagi satu tak payah la dok menghina2 keje BF saya tu Pakcik, sekurang2nya dia ada kerja yang mulia, berkhidmat untuk negara tu tau. (Dalam hati aku "hampeh tul pakcik ni")
Si A : Bukan apa selalu kalau kawin dengan orang yang lebih kurang sebaya, mesti hidup tak senang sangat sebab masing2 baru nak bina kerjaya. Kalau baya umur cam pakcik ni lain la, duit dah ada. Time gi meminang kamu pun mesti tak kena reject la...
Aku : Rezeki Allah sentiasa ada pakcik kalau kita usaha (mood malas nak layan, serius rasa cam nak cakap   "PAKCIK NAMPAK TAK PINTU BILIK SAYA TU? SILA KELUAR BOLEH?"
Si A : Kalau kamu kawin dengan Pakcik, mesti senang hidup, Pakcik bg Umah sebijik, keta MYVi 1, hantaran sebut je 
Aku :  Takpe la Pakcik, Alhamdulillah walaupun tak kawin dengan pakcik, saya dah beli pun umah sendiri, then kalau keta myvi tu pun tak jadi masalah untuk saya (tak niat nak berlagak, tp just nak bg dia sedar diri sket)
Si A :  Hmmm BF kamu tu ok ke? ntah2 dia dok kat sana tu dok ngorat org lain
Aku :  Sudah la Pakcik, Insyaallah saya lebih kenal BF saya, Pakcik jgn buat andaian macam2.


Kalau korang jadi aku...korang sakit hati tak? ada idea tak camna nak buat dengan Pakcik sorang ni...aku dah menolak cara baik ~ GAGAL...menolak cara sinis ~ GAGAL LAGI...menolak cara kasar ~ mak aku kata jangan, sebab kang dia sakit hati, pastu dia wat benda2 paranormal kat aku lagi susah kan?...


Terbaru Si A ni dok msg2 aku, cakap nak datang rumah, aku wat dunno ja...then aku dapat tau dari staff yg dia dok risik2 pasal aku kat diaorg. Sesapa ada idea camna nak buat dengan PAKCIK KURANG SEDAR DIRI NI..Sila tolong kemukan idea kat aku ya...im totally sick of this matter...
Serius rasa nak bertukar jadi Raksaksa je kalau jumpa
dengan Si A tu..

google picture


kepada Si A tu jangan ingat KAU kaya, ramai perempuan nak tergedik2 kat KAU ya..Ingat sikit rezeki ALLAH bagi tu untuk tanggung anak bini KAU bukan untuk KAU berlagak dan menggatal...ish KAU ni aku lesing jugak kang..
p/s : Dah bagitau Abang aku, Adik aku & Encik Cinta : diaorg cakap jangan layan, kalau lebih2 bgtau..(yg confiusnya tu kan...tu tak lebih2 lagi ke?)



1 GA Cik Najihah - Meriah Yaw

Jom join sesama jom :)

18 September 2011

Raya Punya Cerita (2)

Lambat gila nak sambung kan..hahahah ni baru teringat nak sambung...ingat nak wat byk2 sebab byk cite pasal raya ni...tapi buat dua je la...ni yang pertama haritu..:) . Raya kali ni aku sekeluarga wat sikit je sesi photography.
tahun ni aku , sis inlaw, & mak dgn tema berjubah ya...ataupun
bahse senang cakap "tema mengandungla" hehehe
sebab my sis inlaw tgh pregnant :)

Ce tengok budak handsome tu, semua gambar dia tgh nangis2 ok..
sebab dia taknak bergambar...sabar je la kamu ni Dani..:)
Ni antara tangan2 yang terkorban bila hari raya
diconteng oleh aku...mangsa2 aku selalu rela je..hehehe

Pada hari raya keempat petangnya aku telah bertolak ke Lumut sebab esoknya tu ada kenduri kawin my bestfriend, both the bride & groom kawan aku time kat uitm arau, so wajib la kena pergi kan. Kenduri diaorg kat Teluk Intan. Dah oleh sebab bus ticket ke teluk intan hanya ada waktu yg akan sampai tengah malam saja. Then nanti takde org nak jemput. So aku pun amik keputusan utk ke Lumut dulu la, sebab Encik Cinta boleh jemput aku kalau sampai kul bape pun. Kang takut wooh kalau sampai tgh malam then takde orang jemput.

Nasib baik aku ke Lumut dulu, seperti yg dijangka traffic sgt la jammed, tahap rasa nak muntah kot tunggu bila nak sampai ni. Alih2 kul 12++ dekat kul 1 baru sampai Lumut, Lapar tahap ya amat. Then Encik Cinta amik then hantar aku gi Blue Bay Resort Lumut. Pastu dia balik ke Office sebab dia tgh standby. Then time lepas salin baju, aku baru teringat aku kan lapar then dia tak belikan aku makanan pun. Kurus aku malam tu tau..hihihi

Then pagi2 tu lepas breakfast sesama, aku pun naik bus gi teluk intan, then Ilya & Ainul (suami ilya) amik aku, diaorg dari Kelantan beraya kat sana, then terus ke Teluk Intan. Pastu kami pun sesama ke Rumah Reen , time sampai tu pengantin tengah makan beradap. Then tunggu kawan2 yang lain datang. Makan2 dan borak, lama sungguh tak jumpa dengan semua kawan. So time ada majlis2 kawin la baru berpeluang jumpa semua. , 1st time dapt jumpa dengan baby farah MIKA, Mika sangat la comel dan sangat mesra dengan orang..semenjak 2 menjak ni serius teruja kalau jumpa baby or budak2..:)

Lepas kenduri tu Farah & her Hubby ajak kami gi jalan2 berkonvoi, ingatkan nak kemana, dah dalam keta  Kirah baru tau, diaorang ajak jalan2 ke Lumut. So dalam satu 1 tu bermaksud aku asyik ke Lumut je la. So lepas makan2 kat area situ kami pun bertolak balik ke kedah hehehe..cuma sedih fiza kawan aku yg sorang tu tak dpt join kami ke kenduri Reen oleh2 sebab yg tak dpt dielakkan.

Khas untuk Reen & Abg Zani, selamat Pengantin Baru, semoga bahagia bersama hingga ke syurga. Semoga dikurniakan zuriat2 yang soleh & solehah ya. Aku happy sangat untuk korang dua. :)
Ni gambar KAMI :)


Sekeping hati dibawa berlari


Harini lepak je dirumah...nak wat apa2 pun malas..ini la kesannya bila sekeping hati dibawa berlari...eh rasanya dilarikan lebih sesuai kot istilahnya...ada orang tu dah balik ke Lumut dah setelah seminggu di KL..
Lepak punya lepak dengan hidung yg separa berfungsi sebab selsema...so jadinya malas sungguh nak buat apa2...tapi oleh sebab lapar, so aku masak la sebab malas nak keluar. 
Then oleh sebab makan ubat, jadinya harini habis masa dgn tidur je kejenya..Semalam aku gi openhouse & birthday party kawan sekolah aku dulu, kat PJ. So aku naik LRT kat Tmn Melati then turun kat Kelana Jaya, pastu kawan aku NANA dan family jemput aku kat situ dan kami sesama ke rumah Arfah.
Time dalam LRT tu mata aku terpaksa layan "cite agak2 blue" la..makin rabun la mata aku ni. Ada satu  chinese couple ni, betul2 dok depan aku, pastu siap french kiss dan sesi raba rabaan semua segala...nyampah
Tu kisah matala, kalau kisah perut plak lain jadinya, sebab perut sangat la happy dapat makan macam2 makanan yg sedap2 kat umah Arfah. Lontong, satey, nasi himpit,ayam masak merah & rendang ..Ok tu je yg aku mampu makan...heheheh
Lagi best pastinya, dapat jumpa Arfah & Nana dapat gossip2 dan bercerita macam2. Lagi2 dialog si Arfah tu yg serius selamba tapi lawak tahap tak ingat. Then dapat jumpa Saif (anak nana), si kacak yang cergas dan cerdas tu. Dah pandai dah cakap macam2, haritu jumpa baru dalam pantang.

Ini antara makanan yg berjaya aku masukkan ke perut aku :)

aku & Arfah :)

Aku & Nana :)

Nana sekeluarga...Ni la si Saif yg kacak tu :)

gambar2 hasil godek2 FB Arfah...


17 September 2011

Cinta & Sayang


Hidup penuh warna andai dipenuhi dengan perasaan cinta dan sayang,
Cinta & sayang adalah perasaan yang amatlah berharga untuk dirasai juga dizahirkan,
Lagi banyak kita beri pasti lagi banyak balasan cinta & sayang kita dapat dari orang sekeliling kita,
Jadi untuk apa bakhil memberikan kasih sayang kepada mereka,
Hidup pasti jadi lebih indah & bermakna,
Bersama melakarkan hidup lebih bahagia bersama insan2 yang kita sayang dan cinta.

Express ur love today...:)

15 September 2011

Persoalan & Jawapan Tentang Kahwin

Indahnya dihari perkahwinan.. Haa kompang!..:P
google picture
Seringkali orang2 disekeliling kita contohnya saudara mara or sahabat handai bertanyakan Soalan perihal Jodoh ataupun digelar "soalan maut" bagi sesetengah daripada kita yang rasa dah tension sangat nak menjawabnya kan...rasa cam nak record kan jawapan then tekan play bila orang soal tu kan..kan..kan..pernah tak korang rasa camni?..:)

Aku plak kalau kerap sangat ditanya, aku jawap baik2...sebab bagi aku kalau ada orang bertanya tu maksudnya..diaorg caring pasal kita...kalau caring tu kan maksudnya sayang...haa kalau ramai2 tanya kita soalan seperti "bila nak kawin?" "dah jumpa ke calon?"..tu maksudnya ramai la yg sayang kat kita kan...kan?..kan?...then yg pasti, kalau satu soalan kita jawab pasti akan menyusul soalan yg kedua, ketiga, keempat or even kesepuluh..waaah gila banyak..hehehe contohnya :


soalan 1 : bila nak kawin ni?
kita jawap..
soalan 2 : dah jumpa calon la ye?
kita jawap lagi...
soalan 3 : Orang mana?
kita jawap lagi dan lagi...
soalan 4: keje apa dia?
kita jawap lagi dan lagi...8 lagi..
soalan 5 : Bila tarikh nak kawin tu? cepat2 sikit ya
kita kena jawap lagi...
haa tu contoh perbualan kalau jawapan kita "ya saya dah ada kekasih hati"


soalan 1 : Bila nak kawin ni?
kita jawap...
soalan 2 : Awak ni memilih sangat kot?
kita kena jawap lagi...
soalan 3 : Abis tu kenapa tak jumpa2 lagi?
kita yg bengkek ni kena jawab jugak la...
soalan 4 : Jangan memilih sangat, kurang kan sket expectation awak tu...boleh?
kita yg lagi tambah bengkek terpaksa jawab...sambil dlm hati rasa ish2 aku bako jugak kang dia ni..hehehe
soalan 5 : Awak nak makcik/saya tolong carikan tak?
kita yg malas nak jawab lagi..ken jawab jugak...
Haa tu plak contoh perbualan kalau jawapan kita " Saya tak jumpa lagi la calonnya"

***menaip ni ikut hasil dari pengalaman sendiri yg pernah menempuh / menangkis / melalui / menepis soalan dan keadaan dalam 2 situasi ini..heheheh



Then ni bagi yang selalu bertanya tu ...ni jawapan lengkap selengkapnya...then kepada yg sering kena soalan begini dan masih tak jumpa calon lagi..take note ya..nanti korang boleh guna ni..hehehe (jumpa kat FB kawan aku tadi ) :)

Kenapa lambat kahwin? - Kerana Allah tahu masa yang terbaik untukku.



Dah Berpunya? - Ya.. Kerana setiap org telah ditetapkan jodoh masing2.



Siapa?? - Nanti Allah akan perkenalkan...



Bila?? - Bila jodoh dah smpai.. InsyaAllah jemput datang ke walimatulurus ku nanti..



Janganlah selalu bertanya bila seseorang tu nak kahwin..keranan semua rahsia dia, terletak ditangan Allah...Sampai masa pasti Allah membongkarnya...khas untuk semua...semoga anda redha dengan apa yang Allah tentukan...:)

14 September 2011

Siap jugak

Projek tu dah bape lama dah tertangguh...takde idea punya pasal...jadinya asyik tertangguh je...otak takleh pikir betul2 apa nak ditulis...so terbengkalai la projek tu selama dekat 2 minggu, setiap hari tengok je..sebab takde idea nak buat...

Then tadi tetiba time dah kul 3 lebih, idea mencurah2....Alhamdulillah projek terbengkalai tu aku dpt siapkan dalam masa 2 1/2 jam je...Syukur kepada ALLAH akhirnya dapat gak siapkan tu....Ni mesti kesan or hasil setiap hari dekat 1/2 jam buka je projek tu...then tenung je screen sampai cam nak tembus screen pc tu...hahahaha

So pasni boleh buat lagi la...kalau takde idea tenung je projek tu kat screen setiap hari...korang pun boleh apply ya kalau nak try, kalau ada masalah cam aku tu...mana tau berkesan jugak kat korang nanti..hihihi

Selamat mencuba ya...lalalala:)

Lepas siap tadi..serius aku rasa nak buat camni...hahaha
gambar google

Anniversary Giveaway AzatieSayang



Happy Anniversary...semoga Azatie & her Hubby akan bahagia bersama hingga ke syurga...juga ceria bersama anak2 tersayang :)

Sesapa nak join..ce click sini ya..:)

p/s : tarikh anniversary sama la dgn my birthday :)

Hadiah Birthday dari NUFFNANG

Whoot whoot whootttt....Dapat 4 tiket wayang free dari NUFFNANG, Yeay...boleh tgk kat mana TGV Cinema..so kiranya ni hadiah dari NUFFNANG dak TGV la kan...then kena gi amik kat ofis NUFFNANG kt Heritages House...Best woo dapat hadiah birthday...kesukaan berganda2 triple heheheh


Terima kasih NUFFNANG, terima kasih TGV Cinema...


p/s : akan update bila dah pi tgk wayangnya...so tunggu...:)

13 September 2011

Malam kelmarin aku mimpi daa

Ni baru teringat nak cite pasal ni...malam kelmarin aku masuk tido lambat jugak la lepas kuar gi hantar Encik Cinta balik ke penginapan sementara dia di KL iaitu di Duta Vista Executive Suite, lepas dia telah mengsurprisekan aku seperti entry ni :).  Mengikut katanya stay situ best dan sesuai ditumpangi / diduduki sementara oleh sesapa yg datang ke KL secara berkeluarga. Tu apa yg dia kata la...cam ada talent nak jadi Duta kepada Duta Vista tu la plak dia ni...hehehe Dia stay situ 1 rumah dengan 6 lagi rakan2 sekerjanya yg masing2 kena datang ke KL untuk sambutan Merdeka 16 September ni.

Lepas sent Encik Cinta balik tu, abang aku drive, adik aku a.k.a pemandu pelancong..makanya aku ialah lady boss mesti la kat belakang kan..sempat layan mengantuk ya...pastu bila sampai je umah...aku terus lakukan rutin sebelum tido dan terus loncat la ke katil.  

Then aku mimpi yg aku tgh kat mana ntah ...rasanya umah aku kat kg tapi lain sket panoramanya, pastu aku dukung Budak Handsome Ni...pastu ada nampak helikopter tentera terbang rendah 2 ke 3 biji ntah...pastu ada jet peribadi 1 (tapi tak nampak sapa kat dalam tu)..Then ada 1 jet peribadi lagi satu  yg terbang sangat rendah sampaikan aku boleh nampak kat dalamnya ialah PM Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak...dia pakai baju melayu kaler pink gitu...dia melambaikan kat aku & anak buah yg aku dukung tu...lepas tu orang lain pun ramai2 datang join kami lambai2 kat PM kita tu jugak....yg tu je mimpi yg aku ingat utk malam tu...

Tapi apa yg aku dapat pikir lepas dpt tau yg mimpi kadang2 kesan kita terbawa2 perasaan or apa yg kita dengar or buat sebelum tu ialah:
1. Aku rindu sangat anak buah aku..~ yg selalu tanya "Nyah bila nak balik lagi?" :(
2. Terpengaruh dgn cite yg Encik Cinta dok cite kat adik & abang aku pasal perarakkan kemerdekaan 16 september ni. ~ yg menjadi sebab dia dtg sini dari Lumut..:)

Tapi yang tetiba termimpi PM Malaysia pakai baju melayu color pink tu plak aku tak dpt cari puncanya, sebab sebelum tido tu takde la plak aku pikir pasal tu...hehehe

Haa heli camni la lebih kurang dalam mimpi tu...
google picture

p/s : haa itu la mimpi aku, apakah makna mimpi tu ..boleh tak sesapa yg rajin tolong pikir dan bagitau aku...



Muhasabah : Aku Tak Sembahyang,Tapi Aku Berjaya..






by Syazana Sulaiman on Tuesday, August 16, 2011 at 1:35am


Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Maka saya hendak bertanya kepada anda.

Adakah anda tahu apa itu ISTIDRAJ?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj?

Apakakah maksud istidraj?
Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.

Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusia yang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.

Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.
Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu?

Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?

Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”

Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.

Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”

ALLAH menjawab,
“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.
Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

Saya yakin tidak..

Anda tenang sekarang?

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.

Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.

http://helwa-lancs.blogspot.com/ 

5 Rules To Remember In Life



 1.Money cannot buy happiness but it's more comfortable 2 


cry in a Mercedes than on a bicycle.



2. Forgive your enemy but remember the bastard's name.



3. Help someone when they are in trouble and they will 

remember you when they're in trouble again.



4. Many people are alive only because it's illegal to shoot 

them.



5. Alcohol does not solve any problems, but then again, 

neither does milk.


nampak sedap la pulak...
google picture 

hehehe ...cam betul je kan..terbaca ni tadi so nak kongsi apa yg aku 

baca...hehehe

12 September 2011

Lawak Suami Vs Isteri

Terbaca yang ni kat FB kawan...tergelak baca ni...so jom layan sesama...Moga2 antara kita yang dah berkahwin dan yang bakal berkahwin takkan jadi camni ye...biar sampai hujung nyawa kita bahagia sama-sama kan baru best...kan? kan? kan?...hehehehe
Bahagia bersama :)
google picture
Nama Suami di Handphone Isteri..

① Baru menikah: MY LOVELY HUBBY ♥♥
② 1 thn menikah: SYG HUBBY
③ 5 thn menikah: HOME TOWN
④ 10 thn menikah: BALAI POLIS
⑤ 15 thn menikah: SECURITY
⑥ 20 thn menikah: PAK GUARD RUMAH
⑦ 25 thn menikah: PUBLIC FONE RUMAH






Nama Isteri di Handphone Suami..

① Baru menikah: MY LOVELY WIFE ♥♥
② 1 thn menikah: MY WIFE/MUMMY
③ 5 thn menikah: HOME
④ 10 thn menikah:IBU PEJABAT
⑤ 15 thn menikah: BILIK GERAKAN
⑥ 20 thn menikah: BUKIT AMAN
⑦ 25 thn menikah: WRONG NUMBER





p/s : sila jangan jadi camni ya..biarla yg ni just lawak je, jangan jadikan ianya realiti...:)

Senyuman SUWEET tersangat untukmu

Senyuman paling tersuweet untuk wanita itu....

Duhai perempuan itu
Yang dah pegang title mak kepada budak2
Awak kan dah jadi wanita
Jangan la kelakuan cam gegirl sangat..
Umur awak satu dekad tau tua dari saya...
Awak boleh kan cakap baik2 dengan saya?
Saya tau awak bengkek je tengok senyuman manis saya sambil mengadap pc
Sedangkan waktu tu awak pot pet pot pet bercakap nada tinggi dengan saya
Lagi satu muka awak tu cuba la manis2kan sikit..
Jangan selalu tau buat muka semasam cuka kurma/apple tu
Kang muka awak kedut2..
Kena gi New York Skin Solution plak..
Saya bukan apa awak...
Sesaja je saya nak sedekah senyuman untuk awak
Dah lama kan awak tak tengok senyuman saya?
Jadi saya bagi khas harini untuk awak..
Beruntung tau awak la orang 1st dapat senyuman dari saya...
Awak tak rasa beruntung ke dapat tengok senyuman tersuweet saya tu?
Lagi satu awak, saya nak pesan ni..
Jangan la hempas pintu office saya time nak kuar tu
Kang roboh pintu office tu sapa nak ganti?
Owhh takpe saya bersangka baik dengan awak...
Mungkin awak "tertutup pintu tu kan"
so lain kali jangan "tertutupkan" pintu saya kuat2 sangat tau..
Terkejut saya tau...:)
Tengok saya senyum lagi untuk awak...:)


p/s : Terima kasih "perempuan itu" kerana awak, dapat jugak saya training untuk meng"upload" tahap kesabaran saya harini...