Esok pagi2 aku kena gi KL...hari selasa ada interview....ni 2nd interview haritu 5/1 1st interview kat bukit merah perak...sebab aku cadang nak keje kat branch situ...tp time interview tu...terang terangan interviewer tu ckp dia nak kalau boleh aku keje kat HQ diaorg kat area Damansara Perdana...untuk position lain dari yg aku mintak...
Yg kat bukit merah tu aku mintak HR exec...then lps dia tgk resume aku then time interview session tu diaorg asyik tanya pasal marketing je...sebab aku mmg dlm bidang marketing pun sebab time study aku amik major in marketing...tp baru ingat nak berubah angin kali ni...tp nampaknya tak menjadi jgk..:)
Then last week aku dpt call, mintak aku attend 2nd interview utk sales & marketing manager kat HQ diaorg...so esok aku kena ke KL la....esok nak naik bus je...sebab gi sensorang je...so kawan2 doakan aku berjaya ya...:)
***byk benda yg terjadi semenjak 2 menjak ni...namun aku yakin ALLAH sentiasa bersama2 aku...nanti aku cite next entry..
setelah bermastautin di kl selama lebih 2 weeks...semalam aku balik jitra...selama kat kl sungguh la malas nak mengupdate blog...aku duduk kat sana kat umah kawan aku kat area damansara perdana...terima kasih cik sri fauziana tumpangkan saya kat umah awak...Insyaallah kalau ada rezeki saya kat area situ, nanti kita stay sama2 ya...
Sepanjang kat kl aku rindu sangat dengan 2 buah hati aku yg tercinta ni.....
ni la 2 anak buah aku yg sgt adorable
gadis dan bunga..ni version kepala si adik dah dibotak licinkan....hehehe
Haa cuba korang semua bayangkan kalau dua2 orang comel macam ni....boleh ke kalau aku tak rindu dgn diaorg?? korang boleh? aku tak boleh...sebabnya opkos aku rindu diaorg time berjauhan...
Cuaca amatlah mendung di kedah ni...sejuk sepanjang hari cam pagi2 je...hujan dari semalam sampai pagi ni...sejuk sungguh sampai nak mandi pagi tadi pun tahap mengigil kot...tapi best woo mandi sejuk2, cam mandi air telaga...segar, dah lama tak mandi air telaga..last mandi air telaga 12 thn lepas..tu pun time gi umah Bapak sedara aku...sekarang ni umah dia dah tak guna air telaga dah...so ntah la umah sapa plak aku nak gi cari air telaga ntah nak gi mandi...nasib baik i'm not pregnant yet time ni, kalau tak boleh kempunan tau tak? hahahah apa yg aku ngarut @merapu ni ..aku kawin pun belum..:p
Ok berbalik kepada tajuk perbincangan asal @ tujuan @ isi penting entry kali ini adalah pasal penantian aku untuk jodohku...sabar menanti waktunya..kerana jodoh kita masing2 kan rahsia Allah...kita hanya tau bila sampai masanya...Doakan aku bertemu jodoh yang baik ya...Tolong doakan semoga urusan untuk menghalalkan hubungan aku dengan Encik Cinta dipermudahkan Allah...
Jom sama2 layan tema lagu untuk entry kali ni...sesuai sangat tau...
Penantian
Album : Perjalanan
Munsyid : Seismic
http://liriknasyid.com
Penantian adalah satu ujian,
tetapkanlah ku selalu dalam harapan,
karena keimanan tak hanya diucapkan,
adalah ketabahan menghadapi cobaan,
sabarkanlah ku menanti pasangan hati,
tulus kan kusambut sepenuh jiwa ini,
di dalam asa diri menjemput berkahMu,
tibalah ijinMu atas harapan ini,
Robbi teguhkanlah ku dipenantian ini,
Berikanlah cahaya terangmu selalu,
Robbi hanya padamu ya doaku ini,
Duhai tempat mengadu segala rasa diri.
p/s : Terpikir apa yang bakal suami yang ditentukan ALLAH untuk aku tengah buat pada waktu
ni...Semoga dia sentiasa dalam lindungan ALLAH..Sabar ya awak nanti kita akan berjumpa
Sebagai seorang bukan pelayan tegar cite Tentang Dhia..tapi kadang2 tengok jugak la...tp xde la addicted sgt...tp bila terdengar lagu ni time episod terakhir (baru terdengar ok) hehehe...woohoooo aku jatuh cinta dengan lagu ni...lirik lagu ni sgt la pendek...tp awat ntah takleh nak hafal (time dok menaip ni ya)...cuma boleh hafal kat
" Subhanallah, aku mencintainya"
" Subhanallah , aku menyayanginya"
" Dari ufuk timur hingga ke barat"
" Selalu di hati ku...selalu dihatiku"
Godek punya godek youtube...rupanya lagu ni OST Surga Untukmu (cite indonesia)....ni video nya...jom sama2 layan eh...korang jatuh cinta tak dengan lagu ni? :)
Lirik Lagu Indah Dewi Pertiwi Di Atas Satu Cinta Lyrics
jejak-jejak langkahku bagaikan lembaran waktu
apakah ku masih bisa terus melangkah
serpihan hidupku kan ku bangun di atas satu cinta *courtesy of LirikLaguIndonesia.net
* subhanallah aku mencintainya
subhanallah aku menyayanginya
dari ufuk timur hingga ke barat
selalu di hatiku
repeat *
selalu di hatiku
repeat * [4x]
selalu di hatiku
Bila engkau memandang segalanya dari Tuhan yang menciptakan segalanya yang menimpakan ujian yang menurunkan dugaan yang menjadikan sakit dihatimu yang membuatkan keinginanmu terhalang serta menyusahkan hidupmu pasti akan damailah hatimu kerana masakan ALLAH s.w.t sengaja mentakdirkan segalanya dengan sia-sia bukan ALLAH s.w.t tidak tahu deritanya hidupmu retaknya hatimu sebaknya dadamu tapi mungkin itulah yang DIA mahu kerana DIA tahu hati sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan kan menjadi lebih akrab jua dengan-NYA sesungguhnya DIA lah Maha Mengetahui akan segala kejadian alam-NYA! Ya Allah jauhkan kami dari sifat putus asa....
perhubungan jarak jauh memang perlukan ketabahan yg extra....kesabaran memang penting...paling penting saling percaya satu sama lain...sejauh mana pun hati ni mencuba untuk cuba mempercayai sekali sekala hati memang kadang terusik dengan fikiran2 yang bukan2...maafkan saya untuk itu Encik Cinta....
Bercinta dgn navy memang mencabar, selalu sibuk, kadang plan dah dirancang segala bagai, tetiba kena cancel saat akhir sebab kena duty...selalunya kalau camtu saya akan sedih..tapi alah tegal alah biasa la...saya yang pilih awak, saya yg benarkan awak bertakhta dihati saya, jadi Encik Cinta jgn selalu rasa bersalah utk tu, walaupun kadang2 mulut saya merungut, maafkan saya...namun jauh disudut hati saya redha sebab saya memang cintakan awak...saya suka awak, saya suka kerja awak, saya suka awak rajin keje dan komited dgn keje, saya suka time kita dapat spend time sama2...saya bertambah2 lagi suka kalau hubungan kita berjalan lancar dan jadi halal...sungguh saya tak tipu..:) Semoga hubungan kita berpanjangan dan kita dapat melangkah ke fasa seterusnya dalam hubungan kita dalam masa terdekat ni...amin
Aku terjumpa video ni kat FB, walaupun video ni pendek tapi dapat memberi kita pemahaman tentang hudud dengan cara yang agak santai...so sama-sama tengok ya...Sharing is Caring....video ni dpt bagi kita gambaran mengenai HUKUM HUDUD
Sebuah filem pendek yang menerangkan hudud secara umum.
petikan dalam video ni
" bukan semua kesalahan jenayah kena hukum hudud,ada 2 3 perkara je tak banyak, dan bila kita tengok dalam masyarakat ini adalah kesalahan yang sukar diubati ,manusia takleh nak ubat......jadi Allah Taala dah tau ini kesalahan kesalahan ini manusia tak dpt nak ubat dengan kepala dia sendiri maka Allah Taala tentukan hukumannya.... "
Sekadar berkongsi apa yg aku tengok, aku pun perlu belajar banyak lagi ni...semoga kita semua mendapat iktibar dari video ini...:)
p/s: adegan last sekali tak tahan, tak habih2 matluthfi ni buat lawak dengan ayat
"mencuri gitar adalah haram, CURI HATI TAKPERRR :)"