19 March 2012

Sepetang Ditepi Laut

Kelmarin, Kerpan hingga Kuala Perlis, Sebuah keluarga yg dianggotai aku, mak, abg, adik, sis inlaw , nephew & niece telah pergi bersiar2 ke tepi laut selepas solat asar...Ayah ku kena tinggal wokeh sebab Ayah balik keje lambat hari sabtu tu hehehe

Niat dihati masing2 nak nengok sunset wokeh, plan saat2 akhir lepas balik dari kenduri umah cousin mak aku, kami sepakat nak gi nengok sunset...tp yg bestnya mak aku masak bihun goreng, keropok, ubi bakar untuk dibawak bersama...so kami pun makan2 la smbil tgk2 laut tu...

My nephew so excited, asyik2 ulang ayat "Dani nak naik bot" sebabnya jalan nk ke situ boleh nmpak bot2 nelayan parking byk2 lepas balik tangkap ikan...dia nya rewind ayat yg sama ngalahkan radio terlebih battery ok...heheheh and lagi dia punya la suka kutip seashells yg banyak2 kat tepi laut tu...:)

Walaupun orang lain cakap tak best mana pun tempat tu...biar la kan sebabnya aku rasa best jugak dpt at this dpt spend time dgn family...So ada aku kesah kalau ada orang lain cakap tak best...heheheh

Kisah seorang Ayah & Anak :)
Budak Cute yg  kemain suka dgn angin laut :)
Ni je satu2nya gambar aku berjaya control tudung aku...angin kuat sangat..hehehe
Budak kecil baju merah baling batu ke laut, budak besar baju grey tgk je..:)
Mak aku nampak tinggi sebab mak aku berdiri atas batu tau..hehehe


p/s : Ok fine apa yg kurang kat laporan ni?? aku terlupa snap gambar sunset view la hahaha... sebabnya Subhanallah sangat kagum ,cantik sangat view tu, ralit aku tengok tu smpai lupa nak snap gambar..matahari nampak so brighter red...:)

17 March 2012

Memang ALLAH Sengaja...

google picture

* Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

* Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

* Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.

* Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

* Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

* Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

* Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

* Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA, dan meninggalkan laranganNYA. .

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hamba-NYA yang menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA.

16 March 2012

Because I'm A Girl


i just cant understand the hearts of men
they tell you they want you and then they leave you
this is the first time, you're special
i believed those words and i was so happy

chorus
you should have told me that your feeling had faded
i have no idea, and i continued depend on you
although i say i hate you now i'll still miss you
since i am a girl, to whom love is everything

i heard that if you give up things too easily
to a man, he will get bored with you
i don't think this is wrong
a girl says that she will never be fooled again
but she will fall in love again

chorus

narration
we separated today
you said you wanted me to be happy and find a better person than you
you're just like every other man
didn't you tell me you loved me?
actually, i don't want you to be happy
what if you find a girl who's prettier than me and live happily with her?
what it makes you forget me
when im hurting so much, so much i want to die
when i still love you so much...

don't take advantage of a girl's willingness to do anything for love
and her caring instinct
i didn't know that to be born as a girl and to be loved was so hard
although i will curse you i'll still miss you
since i am a girl, to whom love is everything

although i will curse you i'll still miss you
since i am a girl, to whom love is everything

***sayu wokeh lagu ni...sob sob sob...ish mata masuk habuk la plak ni..........

Apa Lelaki Perlu Tahu Mengenai Wanita...

google picture

  1. Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.
  2. Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.Laughing
  3. Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.
  4. Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.
  5. Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.
  6. Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.
  7. Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.
  8. Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.
  9. Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.Wink
  10. Seks : SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukanmenghanyutkann ya.
“Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari. Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA”

14 March 2012

Aktiviti Dani & Dian

Gambar2 berikut menerangkan dan bakal membantu korang semua mengetahui dgn lebih lanjut apa aktiviti anak2 buah kesayangan aku dikala anak2 berdua ni dibawah pengawasan Mummy Nyah diaorg ni..hehehe


Ni time petang bawak Dani jalan2 kat area belakang umah...sebabnya dia cakap "Dani nak tengok pokok nasi jom"
Oleh sebab keberatan Dian semakin memberat..makanya kalau bawak Dian jalan2 belakang umah pun aku bg dia naik stroller la ...senang sket..hehehe

Walaupun petang tu aku hanya bg Dian makan jari...namun jangan risau kerana badannya masih bam bam lagi..tak surut pun walau segram ...hehehe
Si abang melayan lagu INCY WINCY SPIDER & ABC...Si hanya mampu mendengar & golek2 je dari jauh..:)
Ni time aku terpaksa bukak nursery jap kat umah...budak2 3 org ni tak reti dok diam ok...buktinya ce tengok gambar pun jadi shaking hasil gerakkan diaorg ni....
"Ok Mummy Nyah adik dah penat la meniarap, adik ngantuk ni"

 p/s : padat tak aktiviti aku dengan dua sikecil ni??? hehehe

13 March 2012

Nasihat Kehidupan

Pesanan untuk diri sendiri & kawan2 semua :)
i wish i will have happy family like this image...cumanya bilangan anak tu perlu ditambah ya..hahahaha


1. KETIKA MENCARI CALONJanganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.


2. KETIKA MELAMARAnda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.


3. KETIKA AKAD NIKAHAnda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah


4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHANCatat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.


5. KETIKA MALAM PERTAMABersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.


6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGASedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.


7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANGJangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan


8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.

Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda, tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.


10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUMYakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.


11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANGJangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita


12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMIBoleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.


13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERITetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.


14.KETIKA MENDIDIK ANAKJangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....


15.KETIKA ANAK BERMASALAHYakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.


16.KETIKA ADA PIL.Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.


17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONISGunakanlah
formula 7 K 
1 Ketaqwaan
2 Kasih sayang
3 Kesetiaan
4 Komunikasi 
 5 Keterbukaan
6 Kejujuran
7 Kesabaran

09 March 2012

Duhai OtakKU

Aduh! semenjak dua menjak ni aku berfikir lebih dari biasa...extra tahap melampau2...sampaikan time aku tido pun aku boleh mimpikan apa yg aku dok pikir2....aku bukan pikir pasal satu perkara je, tapi variety sangat2...sian otak aku,



Duhai Otak Lin,

Mintak maaf sebab buat otak kerja keras, please jangan jammed ya...lama lagi saya nak guna awak...Caiyuk2..

Yang sebenar benarnya,
LIN



Setelah merantau google google sana sini terjumpa la "7 Lovely Logics" ni....memang semua logics apa yg dikata disini, so harap ni dapat la mengurangkan kapasiti pekerjaan pemprosesan fikiran di Otak Lin ni...Hope so...waaaa



08 March 2012

15 Anugerah Yang Allah Berikan Pada Wanita

SELAMAT HARI WANITA UNTUK SEMUA WANITA2 YANG AKU KAGUMI !!!


Bila Anda fikirkan Anda cantik, Anda pasti cantik..


15 anugerah Maha Pencipta buat kaum Hawa. Ikuti 15 anugerah yang tiada pada lelaki ini..


1. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis tersebut. Lalu Baginda bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat?” Jawab mereka,“Tidak”.

Sabda Baginda, “Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat kaum orang lelaki.”

2. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

3. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.

4. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah ( Kaabah).

5. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”

6. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”

7. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat.”

8. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”

9. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”

10. Sabda Nabi s.a.w. : “Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shiratul Mustaqim.”

11. Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu masalah agama atau dunia dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

12. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu kedatangan suaminya dengan menunggang kuda yang diperbuat daripada permata yakut.

13. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

14. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

15. “Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya ia mentaati perintah tersebut dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta engkau dan dirinya.” Maksud hadis: Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.

Apa Yang FREE kat Dunia ni

Kawan-kawan gambar berikut menerangkan apa yg kita dapat FREE didunia ni...Walaupun orang ada cakap mana ada yang FREE didunia ni

 "masuk toilet pun kena bayar tau"

Memang la kena bayar kalau masuk toilet , dah nama pun toilet tu bukan bapak kita yg punyakan...hehehe Okla apa2 pun sila tgk gambar yg kat bawah ni ya..

 So sapa yg kata takdak benda2 yg FREE didunia ni??? sapa?? sapa?? Aku ada, benda best laie tuh...ko ada? :P...So kawan2 sila nikmati perkara2 yang best ni selagi berpeluang ya...AYUH SAMA2 :)

07 March 2012

Biarkan Saja Aku Bertanya

google picture
Kadang hati mulai bertanya....
Salahkah bila aku tertanya2...
Sering otak berkata kepada hati..
Duhai hati tak perlu la tertanya2...
Namun hati masih degil...
Masih ingin terus bertanya..
Terus jua diri ingkar kpd fikiran...
Menidakkan perkara buruk yg fikiran fikirkan..
Mahu diri terus bertanya...
Kepada dia yg ingin ditanya....
Biarkan saja aku bertanya..
Duhai dia yg ingin ku tanya...
Jangan biarkan aku tertanya2....

**entry autopublish..

06 March 2012

Luahan seorang aku

Tadi aku tergatal tangan gi surf kat website company aku yg dulu (pernah la suatu ketika dulu) sebelum share partners aku tu rasa tamak yg berlebihan.  terus terimbas kembali perkara yg haritu....

Setelah apa yg aku korbankan utk tubuhkan company tu, diaorg tamak terus buat konspirasi buang aku time aku tgh ditimpa musibah keluarga dan tak dpt nak tumpu perhatian 100% kat situ.

Paling sakit hati ada dikalangan share partners aku tu yg kononnya, selalu manasihati aku dgn ayat "takpe Yan kalau kita buat baik nanti dibalas baik, biarlah diaorg buat kita, nanti mesti Allah balas kat diaorg" ...tapi sekarang apa yg kau buat kat aku???...seriously aku rasa terkilan sungguh dgn apa yg jadi...Hanya Allah tempat aku mengadu...Biar Allah membalas segalanya kepada kamu2 semua atas apa yg kamu2 buat kat aku...Ambikla hak org kat dunia ni, makan la apa yg bukan hak korang, mentekedarah la korang air peluh & airmata aku....Hidup senang la korang dengan airmata yg aku titiskan atas apa yg korang lakukan....

Jujur aku katakan, aku nyesal sgt percayakan korang....kalau boleh masa itu diputarkan, aku takmau kenal korang yg hanya nak jadi watak jahat dlm hidup aku....kalaulah aku tau korang semua kawan makan kawan...seriously tak hingin aku nak kenal dgn korang.....

Semoga Allah berikan aku kekuatan utk maafkan korang2 semua...untuk aku cepat lupakan apa yg dah terjadi ni...hmmmm

Ketika Wanita diciptakan....

Ketika Allah menciptakan wanita,

Malaikat datang dan bertanya, "Mengapa begitu lama, Tuhan?"

Tuhan menjawab, "Sudahkah kamu lihat semua detik yang AKU ciptakan untuknya?"

Dua tangan mesti di bersihkan, setidaknya terdiri dari 200 bahagian yang boleh di gerakan & berfungsi baik agar dapat mengolah berbagai jenis makanan...

Mampu memberikan kenyamanan bagi anak-anaknya...

Mempunyai pelukan yang menyembuhkan rasa sakit hati & kesengsaraan...

Dan semuanya cukup di lakukan dengan kedua tangan ini...

Malaikat menjawab, "Hanya dengan dua tangan ini?"

"Tetapi...,Engkau membuatnya begitu halus & lembut"

"Ya..., AKU membuatnya begitu lembut, tapi kamu belum dapat bayangkan kekuatan yang AKU berikan kepadanya agar ia dapat mengatasi banyak hal luar biasa"

"Apakah dia mampu berfikir?" Tanya Malaikat

Tuhan menjawab, "Tidak hanya berfikir, dia juga mampu berunding dan mengutarakan pendapatnya

Malaikat itu menyentuh dadanya,
"Tuhan, Engkau buat ciptaan ini kelihatan lemah & rapuh, seolah banyak sekali beban untuknya"

"Itu bukan kerapuhan, itu air mata. AKU berikan padanya supaya dia boleh mengekspresikan kegembiraan, kegalauan, cinta, kesepian, penderitaan, dan rasa bangga"

"Engkau memikirkan segala sesuatunya, wanita ciptaan-Mu ini sungguh menakjubkan"

"Ya....., Harus...!!! Wanita ini mempunyai kekuatan untuk mempersona lelaki...

Dia dapat mengatasi beban hidup, mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri...

Mampu tersenyum bahkan ketika hatinya menjerit...

Mampu tertawa saat hatinya menangis...

Dia boleh berkorban demi orang yang di kasihinya...

Dia boleh melawan ketidakadilan...

Dia bersorak disaat melihat temannya bahagia...

Hatinya terluka saat melihat kesedihan...

Dia tahu sebuah ciuman & pelukan dapat menyembuhkan luka...

"CINTANYA TANPA SYARAT"

Malaikat sangat kagum, "Lalu apa kekurangannya?"

Tuhan menjawab, "Hanya satu hal....., Dia terkadang lupa betapa berharganyaa dia"
 
 

05 March 2012

Getirnya Percintaan

Bagi yg sedang bercinta,
Nak2 yg dah lama bercinta,
mesti dah menghadap segala macam bentuk dugaan,
macam2 dugaan dah ditempuh,
sedang ditempuh,
dan tak pasti lagi apa yg bakal ditempuh,
Rasa cam banyak dah dugaan ditempuh bersama,
Walaupun takde la sampai lautan api direnangi,
Walaupun takde la pernah harungi onak berduri,
Namun saat getir waktu bercinta,
Hanya yang bercinta saja tahu,
Hanya yg sedang melalui percintaan saja memahami....