30 December 2011

OST Tentang Dhia

Di Atas Satu Cinta

Sebagai seorang bukan pelayan tegar cite Tentang Dhia..tapi kadang2 tengok jugak la...tp xde la addicted sgt...tp bila terdengar lagu ni time episod terakhir (baru terdengar ok) hehehe...woohoooo aku jatuh cinta dengan lagu ni...lirik lagu ni sgt la pendek...tp awat ntah takleh nak hafal (time dok menaip ni ya)...cuma boleh hafal kat 

" Subhanallah, aku mencintainya"
" Subhanallah , aku menyayanginya"
" Dari ufuk timur hingga ke barat"
" Selalu di hati ku...selalu dihatiku"

Godek punya godek youtube...rupanya lagu ni OST Surga Untukmu (cite indonesia)....ni video nya...jom sama2 layan eh...korang jatuh cinta tak dengan lagu ni? :)
Lirik Lagu Indah Dewi Pertiwi Di Atas Satu Cinta Lyrics
jejak-jejak langkahku bagaikan lembaran waktu
apakah ku masih bisa terus melangkah
serpihan hidupku kan ku bangun di atas satu cinta
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
* subhanallah aku mencintainya
subhanallah aku menyayanginya
dari ufuk timur hingga ke barat
selalu di hatiku
repeat *
selalu di hatiku
repeat * [4x]
selalu di hatiku

Source: http://liriklaguindonesia.net/indah-dewi-pertiwi-di-atas-satu-cinta.htm#ixzz1hzRbXsMi

Okla aku nak sambung hafal lirik ni... 

marilah kita sama2 Mencintai sesama manusia kerana ALLAH..OK Daaaa

21 December 2011

Bila Engkau Memandang Segalanya Dari Tuhan...

Sekadar berkongsi apa yg aku dah baca...

Bila engkau memandang segalanya dari Tuhan
yang menciptakan segalanya
yang menimpakan ujian
yang menurunkan dugaan
yang menjadikan sakit dihatimu
yang membuatkan keinginanmu terhalang
serta menyusahkan hidupmu
pasti akan damailah hatimu 
kerana masakan ALLAH s.w.t sengaja mentakdirkan segalanya dengan sia-sia
bukan ALLAH s.w.t tidak tahu deritanya hidupmu
retaknya hatimu
sebaknya dadamu
tapi mungkin itulah yang DIA mahu
kerana DIA tahu hati sebeginilah yang selalunya lebih lunak
dan kan menjadi lebih akrab jua dengan-NYA
sesungguhnya
DIA lah Maha Mengetahui akan segala kejadian alam-NYA!
 
Ya Allah jauhkan kami dari sifat putus asa....

17 December 2011

My Love

perhubungan jarak jauh memang perlukan ketabahan yg extra....kesabaran memang penting...paling penting saling percaya satu sama lain...sejauh mana pun hati ni mencuba untuk cuba mempercayai sekali sekala hati memang kadang terusik dengan fikiran2 yang bukan2...maafkan saya untuk itu Encik Cinta....

Bercinta dgn navy memang mencabar, selalu sibuk, kadang plan dah dirancang segala bagai, tetiba kena cancel saat akhir sebab kena duty...selalunya kalau camtu saya akan sedih..tapi alah tegal alah biasa la...saya yang pilih awak, saya yg benarkan awak bertakhta dihati saya, jadi Encik Cinta jgn selalu rasa bersalah utk tu, walaupun kadang2 mulut saya merungut, maafkan saya...namun jauh disudut hati saya redha sebab saya memang cintakan awak...saya suka awak, saya suka kerja awak, saya suka awak rajin keje dan komited dgn keje, saya suka time kita dapat spend time sama2...saya bertambah2 lagi suka kalau hubungan kita berjalan lancar dan jadi halal...sungguh saya tak tipu..:) Semoga hubungan kita berpanjangan dan kita dapat melangkah ke fasa seterusnya dalam hubungan kita dalam masa terdekat ni...amin

I Love YOU



p/s : maafkan saya ya Encik Cinta...pleaseee

Sharing is Caring

Aku terjumpa video ni kat FB, walaupun video ni pendek tapi dapat memberi kita pemahaman tentang hudud dengan cara yang agak santai...so sama-sama tengok  ya...Sharing is Caring....video ni dpt bagi kita gambaran mengenai HUKUM HUDUD


Uploaded by on 14 Dec 2011
Sebuah filem pendek yang menerangkan hudud secara umum.

petikan dalam video ni 
" bukan semua kesalahan jenayah kena hukum hudud,ada 2 3 perkara je tak banyak, dan bila kita tengok dalam masyarakat ini adalah kesalahan yang sukar diubati ,manusia takleh nak ubat......jadi Allah Taala dah tau ini kesalahan  kesalahan ini manusia tak dpt nak ubat dengan kepala dia sendiri maka Allah Taala tentukan hukumannya.... " 

 Sekadar berkongsi apa yg aku tengok, aku pun perlu belajar banyak lagi ni...semoga kita semua mendapat iktibar dari video ini...:)


p/s:  adegan last sekali tak tahan, tak habih2 matluthfi ni buat lawak dengan ayat
"mencuri gitar adalah haram, CURI HATI TAKPERRR :)"





16 December 2011

Apa yg malas sgt nak hapdet ni

semenjak 2 menjak ni jari jemari ku yg tak runcing ni malas sungguh nak hapdet....buka blog, then tgk comment (tp tak reply pun)...pastu pi blogwalking kat bloglist..pastu logout...tu ja rutin hari2..apa nak jadi ntah....mood takde tahap maximum nak berblog....hopefully lepas ni...mood kembali seumpama tora datang lagi...

Saat aku bercuti yg panjang ni...alhamdulillah dapat mendekatkan diri dengan ALLAH, dpt belajar banyak benda dari mak aku, rajin ke dapur, mengaplikasikan teori2 penjagaan baby & kanak2...Masa bercuti pun dah hampir tamat...so semoga dengan segala ilmu ni dapat la tercapai impian aku untuk menjadi isteri dan ibu yg mithali & anak yang solehah...:)

Nanti dah start keje, mesti aku rindu sangat kat dua orang ni ...masa dirumah skrg ni aku menjadi cukup busy melayan keletah 2 orang ni...lagi2 yg si abang ni, banyak sungguh soalan dia yang minda aku untuk diasah& diperah supaya setiap soalan yg dia tanya aku dpt bagi jawapan yg rasional, tepat dan senang difahami oleh dia...anyway i enjoyed every moment that i spend with them....sesuai untuk praktis untuk jadi ibu mithali ni...:)

Daniel Gibran

Diandra Adina

Semoga dua2 anak mummy nyah ni jadi anak2 yg soleh dan solehah.....nanti time mummy nyah dah start keje nanti jangan nakal2 ya....mesti asyik teringat dengan anak2 ni nanti...(isk isk tetiba mata rasa cam masuk habuk la plak)

02 December 2011

khas untuk my bestfriends :)

Percaya tak...aku ada ramai bestfriends...sebabnya bestfriends aku time kat school, uni and time keje adalah lain2...semuanya aku masih contact lagi...semuanya aku sayang..semuanya tak pernah takde time aku susah or senang...sentiasa ada untuk aku. Ada yg sebaya, ada yg lebih tua dari umurku, dan ada yg lebih muda dari ku...

Harini aku wat entry khas untuk my best friends, walaupun orang cakap kasih sayang patut dirasa dihati, namun bagi aku kasih sayang juga perlu dinyatakan & ditunjuk....so kepada :

my best friends time di sek men sains tuanku syed putra Sobrina Hani & Hafizah....

my bestfriend time di uitm sarawak Kak Mashitoh...

my best friends time di uitm segamat Kak Rosliana & Fauziana ...

My bestfriends time di uitm arau Ilya Syazwina, Syarifah Hafizah dan Nurool Azreen....

My bestfriend time dah keje Kak Liz See Zuei Mei



 


i love u all ketat2...:)