17 July 2012

Tips Perkahwinan Bahagia..:)






Tips yang bagus mengenai perkahwinan pengantin baru , pengantin lama jua bakal pengantin..:)

terbaca ni kat fb syahirul.com

1- Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti
makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah
dan mandi bersama.

2- Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri
yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah
kanan suami ketika berjalan.

3- Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami
sentiasa mahu berseronok dengan isteri.

4- Isteri yang hangat dan romantis sentiasa
mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya.

5- Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk
mengelakkan jemu kepada pasangan.

6- Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang
dalam rumah tangga.

7- Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba
ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan
berbulan madu.

8-Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan
melahirkan anak.

9- Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam
untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau
isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana
mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali
(rujuk).

10- Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua
kerana sekiranya rumah tangga menghadapi masalah, ibu
bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.

11- Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan
kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.

12- Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri
dengan dunia luar, seperti aktif dengan kegiatan
persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan
langsung.

13- Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan
kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.

14- Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya
berbanding apabila keluar rumah.

15- Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.

16- Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat
dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami
tidur sendirian.

17- Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan
bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat
sendiri.

18- Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak.
Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas,
isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang,
manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya
sebagai penghibur dalam rumah tangga.

19- Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan
sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah
berusia.

20- Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan
kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang
sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.

21- Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada
perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya.
Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat
percutian.

22- Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua
waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga
- merapatkan hubungan dan kemesraan.

23- Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal
atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan
membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya.

Oleh: Asmungi Sidek (Bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Selangor)


iyan shazlind berkata "semoga jodoh aku pun baca ni, tp klau dia tak terbaca pun xpe, nnti aku print tampal kat dinding umah bagi dia baca time dah kawin nnti..hehehehe"

3 comments:

  1. assalamualaikum lind...menariknya info ini mama nak share kat blog n kreditkn kat sini yer...:)

    ReplyDelete
  2. cintazulaikha : yup :)

    maszull: waalaikumsalam mama...ok mama :)

    ReplyDelete

6 orang doakan iyan shazlind jadi slim dan sehat :) terima kasih ya semua...:)