28 November 2011

bila dengki kuasai diri

Penyakit dengki adalah penyakit yg bahaya walaupun ianya tak berjangkit namun ianya menjadi masalah besar kepada masyarakat kita pada harini. Penyakit ini lebih merbahaya daripada penyakit lain kerana tidak ada antibiotik yang boleh dipreskripsi oleh mana2 doktor ataupun yg dibeli dimana2 farmasi dapat mengubati penyakit ini.

Antara simptom-simptom yg dihidapi oleh pesakit penyakit ini adalah :

1. Pantang melihat orang lain lebih daripada dia, contohnya : bila anak jiran dapat keputusan yang baik dan anaknya tidak, pesakit ini akan menuduh anak orang jiran tersebut meniru dlm peperiksaan.

2. Berasa tidak puashati bila orang lain mendapat kejayaan, contohnya : bila rakan sekerja mendapat kenaikan pangkat, pesakit akan mula merasakan rakan tersebut tidak cukup bagus mendapat kenaikan pangkat tersebut.

3. Berasa diri sentiasa lebih bagus dari orang disekeliling, contohnya : hanya dia sahaja yg layak mendapat mendapat perkara yang baik/berjaya/bagus.

4. Sering rasa sakit hati bila orang lain lebih maju dari dirinya, contohnya : jika pesakit membuka peniagaan kedai makan, apabila pesakit nampak kedai makan lain lebih maju dari kedainya, dia mula membuat perancangan jahat menggunakan cara mistik untuk mengenakan kedai lain.

Penyakit ini sangat berbahaya jika terkena kepada kita, ianya bukalah penyakit baru kerana Luqman Al Hakim ketika memberikan nasihat panjang kepada anaknya yang diriwayatkan oleh Al Muharbi, daripada Sufyan Ats-Thaury, ada menyebut

“Hai anakku!, ada tiga tanda orang yang berhasad dengki itu. Dia akan mengumpat sahabatnya apabila dia tiada, akan memujuk apabila dia melihat dan akan bergembira dengan musibah yang menimpa sahabatnya.”  

Bersama kita berusaha untuk menghindari dari dijangkiti penyakit ini. Mulai harini mulakan kempen "TAKNAK DENGKI" kerana dengki penyakit yg sukar diubati dan merosakkan pembangunan masyakarat kita.

  Wauallahualam...

3 comments:

  1. InsyaAllah...betul tu, penyakit ni walaupun tak berjangkit, tapi merbahaya pada diri dan orang lain

    ReplyDelete
  2. penyakit dengki cenggini, leh bawa sakit jiwa tau..mana taknya, ati dok sakit manjang tgk org lain, last2 kita menanggung dosa..

    ReplyDelete
  3. yatie awang,
    yup penyakit ni menyerang dlm diam ni :)

    cintazulaikha,
    tu la pesakit ni asyik takleh tgk org lebih...lama2 sendiri yg sakit..:)

    ReplyDelete

6 orang doakan iyan shazlind jadi slim dan sehat :) terima kasih ya semua...:)