20 January 2013

Harus bagaimana lagi...




Aku harus bagaimana lagi,
Siapa yang patut aku percaya,
Banyak cerita yang kadang ku anggap hanya di angin lalu,
Namun perkhabaran itu melekat jua sedikit di minda,
Ku ingin cuba pekakkan telinga, 
Ku ingin tutupkan mata untuk itu,
Ku ingin mencuba untuk menahan otak berlegar berfikir tentang itu,


Aku harus bagaimana lagi,
Kerana tentang itu kurasa ianya penting,
Ku rasa perlu bertanya,
Jangan salahkan ku bila ku bertanya,
Bila ku bertanya,
Cubalah fahami yang aku cuba untuk mempercayaimu,
Jangan terasa hatimu bila ku mula menyoal,
Ingatlah saat aku menyoal, 
Tika itu aku ingin membuka hatiku untuk melihat kamu,
Melihat kamu secara lebih dekat,


Aku harus bagaimana lagi,
Jangan salahkan aku andai ku terus bertanya,
Percayalah ini kerana ku ingin percayai mu,
Ku ingin buangkan semua prasangkaku,
Ku ingin hapuskan bayangan2,
Ku ingin kata2 itu terpadam dari fikiran & mindaku,


Aku harus bagaimana lagi,
Saat kamu menjawab ku ingin betul2 dengar,
Biar seketika ku hadam semua jawapanmu,
Biar seketika ku fahami jawapanmu dengan hati & fikiran ku,
Biar seketika ku fikir dan ku renung,
Biarkan aku seketika mencari kembali titik penyatuan kita,


Aku harus bagaimana lagi,
Aku mahu tika kita kembali,
Kita kembali dengan buku baru,
Kita kembali dengan harapan segar,
Ku mahu tika itu,
Semua dalam fikiranku terpadam,
Biar semua itu hilang dalam pekat malam, 
Ku ingin tiup semua pergi bersama angin......

17 January 2013

Berbisik dengan hati...



Bunga tanjung bunga melati,
kembang tujuh dibulan terang,
tinggi gunung sama didaki,
dikala jatuh mengapa seorang...




Ku renung keatas, Ku lihat awan melambai2, Ku ingin sentuh awan itu, Ku rasa diriku tggi, Baru ku sedar bahawa ku hanya insan biasa dan x boleh lawan ketentuan yang maha pencipta.. Ku bersyukur dengan apa yang ku ada sekarang ini..