20 July 2012

Kehilangan...:'(





‎"Ya Allah! Ampunilah dia dan kasihanilah dia dan sejahterakanlah serta ampunilah dosa kesalahan dia. Dan muliakanlah kedatangannya dan luaskanlah tempat masuknya (kuburnya) dan bersihkanlah dia dengan air salju dan embun, bersihkanlah dia dari segala dosa dan sebagaimana kain putih yang bersih dari segala kotoran dan gantikanlah baginya rumah yang lebih baik dari rumahnya dan peliharalah (hindarkanlah) dia dari seksa kubur dan seksa neraka." Amin Ya Allah.....

- Mohd Syazwan Azmin (9 december 1994 - 18 July 2012) - ... keluarga saya kehilangan seorang yg kami sayangi semoga Allah tempatkan Min dikalangan orang2 yang beriman ...

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami, Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan, Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan, Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti, Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami, Memori indah kita bersama terus bersemadi, Sudah ditakdirkan kau pergi dulu, Di saat kau masih diperlukan, Tuhan lebih menyayangi dirimu, Kami pasrah diatas kehendak yang Esa, Ya Allah, tempatkannya di tempat yang mulia, Tempat yang Kau janjikan nikmat untuk hamba Mu,Moga amanlah dan bahagia dikau di sana, Setangkai doa juga Fatehah terus kami kirimkan, Moga di sana kau bersama para solehin.... 



Min yang berbaju kemeja kotak2...


betapa kami berusaha menahan airmata dari mengalir , namun ianya tetap mengalir...patutlah selama 18 thn usia mu...Min sangat manja dengan kami, selalu kena usik sebab kemanjaan dia...kini semuanya tinggal kenangan...rupanya Allah nak pinjamkan kami sekejap saja dia kepada kami...


Pemergian yg sangat mengejutkan semua , akibat kemalangan yg tragis... pada waktu kejadian, betapa kami mencuba untuk memikirkn ini semua mimpi...betapa kami mahu pejamkan mata dan lelap seketika dan pabila jaga biarlah ini semua mimpi, dan kau masih ada bersama kami... Namun akhirnya kami pasrah, bahawa setiap yang hidup pasti akan mati, ...walau kami menyayangimu, namun sebagai manusia kita tak mampu melawan takdir Allah...kepada Allah kami serahkan segalanya....Semoga kita semua kembali bersama di syurga 

18 July 2012

Hujan diluar..tapi hatiku tak hujan

hehehe tajuk tak bleh blah...bleh buat tajuk novel tu :p ...tadi kat jitra hujan...aku plak dah dok sensorang kt kedai tetiba lapar KFC ...teringin nak makan before bulan posa ni...klau dah posa xde dah minat nak makan fastfood ni...so makan siap2 skrg..hahaha

Gi makan KFC sensorang cam sedih plak...hahah tp cam tipu je...sebab kalau sedih mesti org tu tak lalu makan kan?...tp aku plak berselera je makan..hahaha hati gumbira ni...tgh hati gumbira...alhamdulillah :) 



Sekali tengah2 makan tertgk plak luar tingkap...ternmpak plak dR Rozmey nye pejabat...nmpk tak yg mana yg lampu color biru n merah tu...terus teringat alamak bukan ke aku nak diet...spoiled tul mood nak makan...hihihi tp ada kejap je sentap...pastu makan smp habih gak...sebab kang membazir plak ayam 2 ketul tu..hehehehe








17 July 2012

Tips Perkahwinan Bahagia..:)






Tips yang bagus mengenai perkahwinan pengantin baru , pengantin lama jua bakal pengantin..:)

terbaca ni kat fb syahirul.com

1- Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti
makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah
dan mandi bersama.

2- Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri
yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah
kanan suami ketika berjalan.

3- Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami
sentiasa mahu berseronok dengan isteri.

4- Isteri yang hangat dan romantis sentiasa
mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya.

5- Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk
mengelakkan jemu kepada pasangan.

6- Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang
dalam rumah tangga.

7- Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba
ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan
berbulan madu.

8-Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan
melahirkan anak.

9- Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam
untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau
isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana
mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali
(rujuk).

10- Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua
kerana sekiranya rumah tangga menghadapi masalah, ibu
bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.

11- Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan
kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.

12- Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri
dengan dunia luar, seperti aktif dengan kegiatan
persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan
langsung.

13- Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan
kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.

14- Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya
berbanding apabila keluar rumah.

15- Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.

16- Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat
dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami
tidur sendirian.

17- Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan
bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat
sendiri.

18- Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak.
Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas,
isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang,
manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya
sebagai penghibur dalam rumah tangga.

19- Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan
sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah
berusia.

20- Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan
kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang
sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.

21- Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada
perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya.
Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat
percutian.

22- Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua
waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga
- merapatkan hubungan dan kemesraan.

23- Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal
atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan
membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya.

Oleh: Asmungi Sidek (Bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Selangor)


iyan shazlind berkata "semoga jodoh aku pun baca ni, tp klau dia tak terbaca pun xpe, nnti aku print tampal kat dinding umah bagi dia baca time dah kawin nnti..hehehehe"

09 July 2012

Aku mahu jadi wanita solehah...



Aku mahu jadi wanita solehah.
yang mencintai Allah dan Rasullah lebih dari segalanya...
yang cinta dan sayang hanya untuk lelaki yang bergelar suami..
yang menyayangi  dan mentaati ibu dan ayah..
yang mempertahankan kesempurnaan hijabnya..

Aku mahu jadi wanita solehah...
yang akhlaknya terpelihara dari noda...
yang tutur bicaranya cerminan luhur hatinya...
yang bakal menjadi ibu mithali untuk zuriat-zuriatnya...
yang akan menjadi penyaman dalam rumahtangga..

Aku mahu jadi wanita solehah...
yang hatinya sentiasa bersama Allah..
yang hatinya tahu mengucapkan syukur bila gembira dan mendapat nikmat ...
yang redha bila ditimpa musibah kerana sedar semuanya dari Allah...
yang akan menghindarkan suami, ayah, dan saudara lelakinya dari api neraka..

-Azian Shazlinda-

image from http://www.facebook.com/pages/KhadimulQuran/169808083119575