30 August 2011

Pening Perut dan senak kepala

Harini sian perut aku pening dah segala makanan dah masuk ke perut aku ni tau..ini senarai lengkap makanannya:

1.ketupat palas
2.rendang ayam
3.laksam
4.Laksa
5.buah rambutan
6.mee rebus
7.sambal bilis
8.lontong
9.cakes
10.nasi himpit
11.beberapa jenis biskut raya (tak terkira)

Ni antara senarainya sampai ketika ini tak termasuk malam ni punya lagi tau...hmmm mau tak pening perut dan senak kepala..hahaha

27 August 2011

Salam Aidilfitri Sahabat Blogger Sekalian :)

Entry last before bertolak balik kg...fuel sudah isi penuh tadi, touch n go lupa plak nak topup...guna touch n go je la..smart tag lepas kene curi haritu lupa nak beli la plak...time nak balik kg baru teringat daa...:p

Salam Aidilfitri Semua...Maaf zahir dan batin...semoga aidilfitri tahun ni paling bermakna bagi korang semua...ok assalamualaikum....:)

Hari ke 27 Ramadhan

Ishh2 tak pernah pernah dibuat aku tau time 27 ramadhan ni dok keje lagi. Selalunya tahun2 yang lepas2 waktu 27 ramadhan ni aku mesti dah selamat balik ke kampung. Time camni mesti dah menyinsing lengan memerah keringat berpeluh2 menolong mak aku kat dapur tau..ehemm ehemm aku memang rajin ok..hahaha 

Tapi tahun ni, tika saat ini aku masih lagi berada di office mengadap pc aku yang flat screen jenama acer ni...ish takde mood nak keje dah tau..dari mengadap si acer ni baik aku ngadap oven kat kampung tau. Tapi demi mencari sesuap nasi yang dinamakan rezeki, so aku masih lagi disini hari ini...:p

Then ni nak cite kesinambungan entry aku buat biskut raya tu...haritu kan dapat 6 balang, tapi nampaknya hanya dapat bawak balik kg 4 balang je tau, tu pun nyaris2 nak dapat bawak balik 3 balang saja. 1 balang aku bagi kat bekas patient yang baik sangat2 dengan aku. Yang lagi 1 telah dihabiskan dgn jayanya oleh my bodyguards (adik & abang aku) dan kawan diaorang kelmarin ya. Yang lagi 4 tu aku berjaya selamatkan..hehehe

Makcik tu bagi aku 5 balang biskut raya, homemade dia tau kat aku, so aku pun bagi la biskut yang aku buat tu satu balang untuk dia. Walaupun apa sgt 1 balang biskut nak dibandingkan dgn 5 balang biskut yg dia bagi aku tu. Tapi aku bagi jugak la kat dia, sebabnya bagi aku setiap hubungan kena ada give and take kan?

Tak rugi bagi kasih sayang kat orang ramai, sebabnya lagi banyak kita beri lagi banyak kita dapat kan? tempat keje aku ni, memang environment pergaulannya dengan orang2 yang berumur ataupun lebih dikenali sebagai warga veteran la. So makcik/pakcik/atuk/nenek yang dapatkan rawatan kat sini memang semua aku layan baik2, sekurang2nya terubat rindu aku kat arwah Tok aku kan. Lagi satu aku memang suka berborak dengan orang berumur ni, banyak tips or petua hidup or pengalaman hidup yang boleh dijadikan pedoman hidup untuk kita...tak caya? try la borak dgn diaorg :)

Then semalam jugak dapat hamper kuih raya yang diletakkan dalam bakul yg juga dihias fresh flowers. Cantik sangat tau. Tu dari partner2 aku kat company baru yang aku dan rakan2 tubuhkan yang aku ada cite dalam entry ni :) Nanti aku upload gambar hamper tu, haa nanti aku upload jugak gambar biskut raya yg makcik tu bagi kat aku, comel tau bentuk teddy bear ada love merah lagi tau...mesti jenuh aku nak berebut biskut tu dgn Dani nanti..(cam budak2 kan aku) hahahah

26 August 2011

Entry hari ke-26 Ramadhan

Senang letak tajuk camtu, sebabnya aku pun taktau nak letak tajuk apa dah. Sebabnya aku nak cerita pelbagai dalam entry ni :) Harini kesan memakan ubat selsema time sahur makanya aku telah tertido tahap tak sedar pagi. Bila sedar je kepala memang rasa berat sangat nak angkatnya..So aku terus sms staff, yang aku masuk lambat sket harini. Kalau ada orang nak jumpa, kena jumpa aku petang la kan...kot2 ada yg nak bagi aku duit raya kena bagi time petang  or tghhari la ya...pagi aku tak masuk ofis..heheheh

Then aku called ayah aku tanya tadi,
AKU:  Ayah ada nak guna duit apa2 dulu tak harini  ke esok ke, kalau ayah ada nak guna duit sebelum Inda balik kg ni, kot2 ada apa2 lagi yang tak beli...kalau ada jap lagi Inda gi bank-in kan (sikit punya panjang aku tanya tau)
AYAH AKU: Awat? banyak ke duit yang lebih tu (sambil ayah aku gelak2)
AKU: Ala ayah takdak la lebih sangat pun..ada la sikit, maybe duit ayah lagi lebih kot dari duit Inda (pastu dua anak beranak bergelak)
AYAH AKU : Takpa nanti Inda balik kg dulu la...haa ni bila nak balik ni?
AKU:  Maybe esok atau lusa kot Inda balik, ada benda yang tak settle lagi ni.
AYAH AKU: Kalau dah settle balik la esok.
AKU : Ok...
(sebagai anak yang ingin menjadi anak yang solehah, bila ayah tanya bila nak balik kg tu, serius hati ni rasa sangat mengeletis, mengeletek, nak balik kg cecepat)


Then Encik Cinta pun dah balik ke kg dia, dia cuti sesi 1...so awal2 lagi dia dah balik kg dia la...aku jugak yang tak balik2 lagi ni....Then bila Encik Cinta balik kampung, ini bererti hubungan komunikasi kami berdua akan tergendala seketika la. Kampung dia takde line handphone, sian kan. Tapi kg dia memang tak tercemar lagi la dgn apa2 pencemaran, suci lagi dari pembangunan. So sebagai penggemar alam penuh kehijauan, tentu la aku suka tempat2 camtu. :)


Then semalam mak aku cakap, my sis inlaw & mak dah buat kuih raya 2 jenis...harini nak sambung lagi. Then  seperti biasa ada je cite pasal budak comel ini :) kalau called kg. Dia memang suka buat or cakap benda yang buat orang gelak. Semalam mak aku buat biskut mazola (favourite abang aku ni), then si budak comel aka Dani tu cakap:
DANI :  Tok , Dani tak makan kacang, tak suka makan kacang...
TOK DANI : Ooo yaka, meh sini Tok tgk kuih tu (sambil amik dan buang kacang hiasan kat atas mazola tu)
DANI : Camni Dani makan, sebab Dani tak makan kacang (sambil buat muka selamba dan makan biskut mazola tu)
***sabar je la dgn si Dani ni, bukan ke mazola tu dibuat dari kacang yg ditumbuk2 Dani oii..byk la awak punya tak makan kacang. Moral of the story budak2 senang tertipu, so duit raya tak bagi banyak2 la kat diaorang hahahahah
Ini la DANI tu...
gambar nakal ni time umur dia 2yrs old :)



25 August 2011

Terjumpa kenangan gedik la

Ni hasil dari menggodek3 kodek-kodek hp aku semalam...terjumpa video ni...serius aku tergelak sorang2 tengok ni. Serius tak ingat ada video ni kat hp aku...rasanya haritu dah delete...rupanya still ada lagi.

So adindaku fauziana yaacob... Ni la entry khas yang saya cakap kat kamu semalam. So sila tonton kan menang ya. hahaha Ni kenangan time kita holiday kat Port Dickson ramai2 sempena birthday my lil bro kan...time tu cam sedih je memulanya sebab Encik Cinta & Encik Ikan Todak awak kena duty then takleh ikut kita kan. Tapi bila dah sampai sana, hilang sket sedihnya sebab asyik dok bergelak je kan...:p

video
Owh tembamnya muka aku time ni, nyaris2 tak muat focus lens camera hp tu tau...
poji, sorry ya terkata u gedik..hahahah

***sms ON VIDEO GEDIK ke 66666 untuk mendapatkan video ini. 
(RM6 satu sms dan pastinya mempunyai charge2 yang terselindung ya )

:)

Berbuka ramai-ramai petang ni

 Harini kawan-kawan ajak berbuka puasa ramai2 kat rumah baru yang kami sewa untuk dijadikan spa dan treatment centre kami tu kat area Tasik Titiwangsa. Alhamdulillah baru je dapat kunci rumah tu kelmarin, so malam ni first time nak gi ramai-ramai kat situ bawak keluarga masing-masing. Insyaallah Pusat Rawatan & Spa tu akan dirasmikan pada awal bulan 10 ni. Semoga bisnes kami semakin maju dengan perpindahan ke tempat baru ni...Nanti time tu bolehla menjemput semua kawan2 blogger kat sini ke sana ya :)

Kalau ikut rasa & perasaan aku yang sekarang ni, serius rasa malas sangat nak join diaorang...sebabnya serius apa yang terjadi sekarang tu spoiled my mood untuk bersuka2 or gembira2. Tapi bila memikirkan no matter what happen life must go on kan...so aku kena berfikiran positif la, mungkin ada hikmah disebalik apa yang terjadi. Semua usaha telah dilakukan, lepas tu semuanya kita serahkan kepada ALLAH, ALLAH mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hambaNYA.

So pikir punya pikir apa nak dibawak untuk petang ni, so aku buat dessert la, kek dah ditempah so aku buat dadih semalam. Bangun pagi tadi tengok semuannya dah jadi dalam fridge tu. Tapi dah masukkan serbuk tu dalam susu yang mendidih tu, tengok jadi warna pink2 keungguan la plak..setahu aku kalau dadih perisa burberry color purple. Then baru tengok bungkusan tu, ala aku terbeli dadih perisa blackcurrent la plak. So harap-harap sedap la jugak cam dadih burberry. Then yang blackcurrent ni cam manis sket, so aku dengan suka sukinya perah limau nipis sket dalam bancuhan tu nak kasi masam2 sket.

In the making ni....ini bukan susu lembu original la...
lagipun aku mana ada lembu nak diperah susunya..
cuma sekadar susu tin yang dibeli di KK Mart pada pukul 12:30 am je :)
Ni antara hasilnya...tengok tu kan color pink tu...ish2
Insyaallah petang ni balik dari keje, potong nenas & tembikai....so boleh la bertolak ke sana. Malam ni nak BBQ ramai2. 

Raya kali ni

Kali ni raya yang aku tak betul2 set kan date hari apa nak balik kedah. Selalunya dari awal puasa tu aku dah set nak balik raya hari apa. Oleh sebab tahun ni banyak sangat benda yang terjadi, then ada pihak yang melambat2kan proses penyelesaiannya..Makanya plan aku semua berdasarkan tindakan manusia tersebut...Ya Allah berikan dia hidayah dan keinsafan Ya Allah agar dia boleh bertindak ikut kewarasan fikirannya...Amin

Penat dah macam2 diusahakan, betapa banyak kali hati terkorban, betapa banyak kali hati dimamah emosi, betapa banyak kali hati dijeruk rasa, betapa banyak kali hati dibakar kata-kata jua tindakannya. Namun Alhamdulillah untuk pengetahuan manusia itu, hati kami tak pernah bertindak merasa melulu, hati kami masih dapat dikawal oleh fikiran, fikiran kami masih kekal kewarasannya.

Untuk pengetahuan manusia itu betapa banyak kali perangainya yang kadang diluar jangkaan fikiran manusia itu memang kadang menimbulkan rasa jelek dihati kami. Tapi Alhamdulillah hati kami ni masih dalam lindungan   Allah, hati kami ini tak ingin kami kotori dengan dendam. Tak ingin kami hitamkan hati kami hanya sebab perbuatan kau duhai manusia itu.

Kami juga berdoa agar hati kau jugak tak dihitam oleh rasa dengki ataupun apa2 saja rasa negatif yg bersarang dihati kau. Untuk pengetahuan kau, sebagai manusia yang dikurniakan perasaan oleh Allah, kadangkala hati kami sendiri jugak dikunjungi pelbagai rasa negatif.

gambar google 
 Tiap kali timbul rasa marah, sakit hati kesan dari tindakan kau dihati kami, tiap kali itu juga kami berdoa supaya ALLAH mengantikan hati kami dengan hati yang lain. Kami sentiasa memohon ALLAH gantikan hati kami dengan hati yang lebih baik, hati yang suci, hati sentiasa memaafkan orang lain, hati yang tidak terkilan ketika haknya diambil, hati yang redha ketika dirinya dianiaya, hati yang tidak mudah rasa marah ketika kesabarannya kadang diuji oleh manusia lain, hati yang dengan rela menghalalkan ketika haknya diambil dan hati yang tetap merasa bahagia ketika hatinya disakiti oleh manusia lain dengan menganggap itu semua ujian dari ALLAH. Semoga ALLAH kurniakan hati yang begitu kepada kami.


Edcoustic - Muhasabah cinta
Lagu yang sering menjadi halwa telinga ketika rasa down
Bila dengar lagu nasyid ni..it's make me feel better...

Semoga cahaya Aidilfitri kali ni akan menjadi titik noktah kepada semua yang negatif bersarang dihati kau. Semoga dengan berkat cahaya Ramadhan dan syawal dapat mengungkaikan kerumitan permasalahan yang kau timbulkan pada kami duhai manusia. Semoga Allah merahmati kau duhai manusia. 

24 August 2011

Wordless Wednesday



Encik Cinta, Ce tengok ce tengok ni...:)
(gambar hasil dicandid oleh kawan)

Sebak aku baca ni

Ini aku jumpa kat FB, sebak woo baca ni...Ni mungkin sekadar nurkilan penulis tersebut...Tapi ini macam realiti kehidupan dah sekarang ni.....Peringatan untuk diri sendiri dan semua yang bergelar seorang anak kepada seorang ibu....


MANA MAK????

Jam 6.30 petang. 
 Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama. Ayah baru balik dari sawah. 

Ayah tanya Mak, “Along mana?’ 

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.” 

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?” 

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.” 

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?” 

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?” 

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?” 

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.” 

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika. 

Dua puluh tahun kemudian 

Jam 6.30 petang 

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari. 

Ayah tanya Along, “Mana Mak?” 

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.” 

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?” 

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.” 

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?” 

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah. 

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.” 

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah. 

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?” 

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu. 


Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu. 

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak. 

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?" 

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!” 

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik. 

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu. 

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika. 

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?" 

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak . 

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan. 

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini. 

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi. 

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham. 

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan. 

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu. 

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam. 

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak. 

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat." 

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.” 

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak. 

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan. 

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak. 

Beberapa tahun kemudian 

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”. 

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.” 

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit. 

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi. 

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu. 

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat. 

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak. 

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak.. 

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai. 

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah, 

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya. 

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh.. 

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?" 

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia. 

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

Resipi Cornflakes Berchoco Chocolate


Pelikkan nama biskut yg aku buat tu...tapi sukahati la kan nak letak nama apa sebab ni resipi aku reka sendiri hasil dari mengubahsuai resipi orang lain ikut selera aku sendiri.

Ini la resipi biskut yang entrynya bertajuk mak suruh buat biskut raya . Resipi ni sangat simple dan pasti boleh dibuat dengan senangnya. Pastu sedap plak tu...tak caya? tak caya ce korang buat :)

Bagi memenuhi permintaan Ummi kepada Ikha :)..kakakku ini resipi yg sy janji tu :)

Bahan-bahan:
Cornflakes 325gm
Coklat masakan 1 bar (lebih pun takpe)
Kacang Masin
Badam yang digoreng (Ini optional nak ltk boleh tak letak pun boleh)

Cara membuatnya:
1. pecah2kan sikit kacang dan badam tu, tapi jgn sampai hancur.
2. Kemudian cairkan coklat dan gaulkan cornflakes + kacang + badam
3. pastu gaulkan sampai semua tersalut dengan coklat
4. Kemudian masukkan kedalam cup biskut tu
5.Biarkan dalam suhu bilik sampai ianya keras
6. Dah siap dah..dah boleh isi dalam balang ya :)

***Tips bagi yang bakal buat biskut ni sorang2..coklat tu sila cairkan 1/2 bar dulu ya, kang tak sempat nak masukkan dalam cup-cup tu, adunan dah keras. So buat sket2 ya...All The Best, Selamat mencuba :)

Ini ialah hasilnya ya :)

Alamak kantoi..ye memang aku buat ni sambil tgk lakorn (cite thailand)
kat youtube ya..hehehe
Ni kalau di close up ya :)
Ni adalah hasilnya dah siap dipacking
 yang ni hasil utk 2 kali adunan resipi di atas ya :)


Rindunya dengan budak ini


suka dia kalau dibawa berjalan2 walaupun hanya di tepi bendang :)
Budak mana?
Ini budak cerdik ni
Ini budak yang banyak cakap ni
Ini yang suka tiru iklan video clip ni
Ini budak yang tak percaya bila orang betulkan sebutan dia
Ini budak yang suka tiru pengacara rancangan dengan sebut "Ya anda menang seribu seringgit" sudah puas mama & tok dia cakap "seribu ringgit la" tapi masih juga dengan seribu seringgit 
Ini budak yang suka berlakon yang dia mengantuk kalau takmo cakap tepon
Ini budak yang suka sembahyang ni
Ini budak yang suka baca Al-Quran
Ini budak yang suka main game ni
Ini budak yang sangat berterus terang ni
Ini budak yang suka menyanyi dengan tempo dia sendiri ni
Ini budak yang cita-citanya nak jadi Imam Muda
Ini budak yang manja sangat ni
Ini budak yang 2 hari lepas menyanyi "oooo balik kampung , hati riang" 15 kali kat tepon time ckp dgn aku
Rindunya dengan kamu DANI
Daniel Gibran nanti lagi 3 hari kita jumpa ya sayang :)

suka betul buat muka pelik2 time nak amik gambar dia :)

malu2 plak time orang nak snap gambar dia :)



ni la budak yang ku rindu tu...ni time dia berangan jadi
THE DERRIO THE FARMER IN THE DELL
(lagu favourite dia, then kalau pakai camni dia akan cakap "ini Derrio famer  d dell")
 
*** Rindunya dengan anak buah aku yang sorang ni....






23 August 2011

Make Someone Love You


haritu ada wat entry pasal how to make people like you pastu cik adik ni :) tanya

asnizaziz said...


tips utk make people fall in love with u takde?huhu..
selamat berbuka ^^
Make Someone Love You
  1. Be Needy: You have to let this person know you need him or her. Not only will it make your love feel good to be wanted, but you will be able to latch on quickly and get your hooks in nice and deep. --haa yang ni kena amalkan :)
  2. Learn Everything: Dig deep and discover everything about your love. You will amaze him or her with your ability to know this person so well. It will seem uncanny that you can know so much about this person. Some might call it stalking, but it's not like background checks are illegal --bukan stalking la ini dinamakan menyelidiki asal usul tau..heheheh
  3. Meet the Parents: You don't even have to wait for your love interest to introduce you. Take some initiative and meet them on your own. You will get to know a lot more about your love through his or her family. Plus, it will make it more difficult for this person not to get into a relationship with you once the family loves you ---haa yg ni petua berkesan, tapi kena rancang betul2 la time nak gi jumpa tu, tetiba time gi jumpa tu mak dia nak bagi ujian memasak ke (untuk perempuan) so sila penuhkan ilmu memsak di dada ya..pastu ayah dia nak bagi ujian  korang jadi imam solat jemaah ke (bagi lelaki) so sila penuhkan ilmu agama didada ya... hati keluarga dia wajib la kita amik...Tapi jangan berlakon time nak amik hati je tau, nanti kalau dah kawin pun kena juga sebabnya keluarga mertua tu kan keluarga kita jugak.. Ini bagi membina hubungan yang sihat :)
  4. Say I Love You: Nothing better lets someone know exactly how you feel than actually telling them. That's right, be honest. You need to get it out in the open, and let him or her know exactly what you expect from the relationship. If your love wants to know which relationship you are talking about, don't hold back: tell this person everything!.--- zahirkanlah perasaan kita, jangan dok simpan2 kang gigit jari kang kalau diambil orang lain. Kalau tak cakap mana la si dia nak tau, dia mana ada kelebihan nak membaca isi hati kita pun.. yang tu hanya dalam cite "The Listener" je tau :)
gambar google

22 August 2011

Mak suruh buat biskut raya

Aku memula cam malas dah nak buat kuih raya kali ni. Tapi mak aku tanya last 2 days "Inda tak buat biskut cornflakes chocolate ke? "...memula tu aku jawab kata taknak buat dah. Tapi bila dipikir2kan banyak bejuta-juta lemon kali, aku rasa aku nak buat la. Sebagai usaha untuk menjadi anak yang baik, so aku pun akan buat la biskut tu untuk mak & keluarga aku. Lagipun aku pun ada request kat mak aku, mintak mak aku buat kuih raya yang aku suka makan, bukan 1 jenis tapi 4 jenis aku mintak mak aku buat...so takkan yg mak aku minta 1 jenis aku buat pun aku tak mau buat kan...so kena buat la :p

So malam ni cadangnya nak buat, petang semalam dah beli dah barang2nya. Malam ni kena start dah projek biskut raya aku. Then balik kampung 27/8 ni sambung lagi buat kat kg. Yang kat KL ni aku buat sejenis je dulu. Sebab buat sorang2 kan, kalau kat kg banyak pembantunya...dan pembantu paling setia mesti la my sis inlaw. 

Tapi raya kali ni takleh susah2 kan dia banyak, sebabnya dia tengah sarat mengandung tu. Insyaallah awal bulan 11 ni aku dapat anak sedara baru. Meriah keluarga nanti, ni merupakan cucu ke dua mak&ayah aku. Aku seperti biasa la, sangat excited kalau nak ada baby dalam family. Time my sis inlaw dalam pantang untuk anak dia yg sulung 4 thn yg lepas, aku tengah cuti semester waktu tu. So memang best la boleh tolong menjaga baby, siap masak untuk my sis inlaw lagi hari2 tau. So sekarang ni kalau pasal masakan untuk orang dalam pantang memang aku pandai la resepi2nya....:)

Okla malam ni kena bersedia untuk buat biskut raya, kena bersedia mental dan fizikal ni. Caiyuk caiyuk :)

Menjaga hubungan cinta


DO (BUAT LA SELALU) :)
gambar google
1. Terima lah si dia seadanya dia, dan layan lah si dia seadanya anda. Kerana tiada manusia yg sempurna, oleh sebab itu pasangan sebenarnya adalah saling melengkapi satu sama lain. 


2. Berusaha sehabis baik untuk memahami hatinya, pasangan paling memahami dan menyayangi adalah kunci kebahagian. 


3. Bertolak ansur selalu, dengan sering bertolak ansur pastinya keputusan yang akan dibuat akan dipersetujui kedua-dua pihak. Jadi pastinya tidak ada masalah yang akan timbul selepas itu.


4. Menjaga hatinya, kerana hubungan bahagia akan wujud sekiranya kita saling menjaga hati satu sama lain. Jadi kita perlu lebih peka dengan apa yang disukai & tidak disukai oleh pasangan.

5. Lebih sensitif dengan perasaan pasangan, kita patut lebih peka dengan perasaannya. Ambil tahu ketika bila dia sedih , gembira , seronok barulah hisup lebih bahagia.

6. Sentiasa ada waktu untuk dirinya, sentiasa mengambil berat. Biarlah kita menjadi orang pertama untuk si dia cari ketika ingin berkongsi perasaannya.

7. Selalu berhubung antara satu sama lain sekiranya berada dalam perhubungan jarak jauh (PJJ).

8. Sering ucapkan perasaan sayang dan rindu, walaupun sudah lama berkahwin. Ini kerana otak manusia perlu sentiasa diingatkan. Perasaan cinta dan sayang juga pastinya selepas disemai perlu dibajai selalu agar sentiasa subur di hati masing-masing.

9. Sering nyatakan kepada si dia betapa beruntung/bangganya kita mendapat pasangan seperti si dia. Pastinya ayat itu dapat membuatkan si dia tersenyum selalu.

10. Sekiranya menyedari kita ada melukakan hati si dia, cepat2 lah mohon kemaafan. 



DON'T (JANGAN SESEKALI) :(

gambar google


1.Jangan sesekali memarahinya dihadapan orang ramai atau didepan kawan kawan anda, kerana ini memperlihatkan tahap perhubungan anda dengan si dia.

2.Jangan diulangi mengutuk si dia di belakangnya bersama kawan atau ahli keluarga anda, ini boleh menyebabkan dia berkecil hati atau terus menjadi marah apabila mengetahuinya.

3. Jangan ragu-ragu untuk berterus terang sekiranya kita telah melakukan apa-apa yang berkemungkinan akan melukakan hati si dia. Adalah lebih baik dia mengetahui daripada kita sendiri, dari dia mendengar dari orang lain.

4. Jangan sesekali menyatakan kriteria teman impian anda yang tidak sama dengan perwatakan atau prilaku si dia, kerana ini akan menyebabkan dirinya merasa seperti tiada gading, tanduk pun boleh lah.

5. Jangan terlalu mengonkongnya si dia akibat dari perasaan terlalu cemburu kita. Cemburu tak salah tapi jangan terover sudah.

6. Jangan buat walau sekalipun, mengutuk ibubapanya kerana impaknya terlalu kuat sehingga anda boleh ditinggalkannya.

7. Jangan biarkan pergaduhan/perselisihan faham terjadi terlalu lama. Ini pastinya akan memberikan kesan yang negatif terhadap perhubungan.

8. Jangan diamalkan berbohong pada orang lain dihadapannya kerana ia boleh menimbulkan rasa curiga si dia terhadap anda.

9. Jangan ego dalam perhubungan, ini kerana hubungan yang baik kena ada "give and take".


Segmen Hira: Aku reti masak, Kau reti?


Hidup aku diperantauan oversea KL ni ....kena la memasak sendiri. Kalau teringin nak makan apa2 masakan yang mak aku selalu masak. Harusla kena call mak and mintak resipi kan pastu apa lagi kena masak sendiri la. Tu time awal hidup di sini la, skrg ni berkat selalu practice, Alhamdulillah dah reti dah memasak. Tapi belum tahap pro la....tahap amatur lagi. Yang aku rasa best kalau aku memasak ialah nasi lemak & sambal tumis la...haa yg ni la paling special dalam semua2 masakan aku..:) Walaupun tak 100% rasa cam masakan mak tapi kalau nasi lemak tu, 80% dah kot cam masakan mak aku..heheheh 

21 August 2011

Doa mohon agar Allah kembalikan barang/orang yang hilang, lari dari rumah


Harini pagi-pagi lagi mak aku called...kul 10 kalau hari ahad kira pagi2 la tu kan (ni ayat yg aku cakap kat mak aku bila mak aku cakap "cuba tengok jam inda kul brapa" ...hehehe
Ok kenalan keluarga kami ada masalah dengan anak perempuan dia so mak aku mintak aku sama2 tolong pikirkan camna nak settlekan masalah anak perempuan dia....so google punya google aku terjumpa la yg ni...so terus called mak aku bagitau yg ni...then terpikir nak share dengan semua, kot2 boleh membantu sesapa nanti.  



Kaifiat Bacaan Surah Yaasin untuk Mengembalikan
Barang Hilang
Oleh: Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din

Kaedah yang dinyatakan di sini adalah satu
ikhtiar yang boleh diamalkan bagi bermohon
kepada Allah SWT agar barang yang hilang atau dijumpai semula.
Kaedah ini juga boleh diamalkan untuk bermohon  agar Allah SWT mengembalikan
semula ahli keluarga yang hilang atau yang lari dari rumah.

Cara atau kaifiatnya adalah seperti berikut;
(1) Lakukan Solat Hajat sekurang-kurangnya 2 rakaat dengan
bermohon supaya Allah SWT mengembalikan barang yang
hilang atau dicuri.


(2) Doa berikut juga boleh dibaca ketika dalam sujud yang terakhir.


Ya Allah engkaulah Tuhan yang memberi petunjuk kepada orang yang sesat dan mengembalikan barang yang hilang kepada tuannya. Ya Allah, kembalikanlah kepada saya barang barang saya yang hilang kerana barang-barang itu adalah
pemberian Mu kepada hamba Mu. Ya Allah wahai yang paling
mengasihani daripada segala yang mengasihani.


(3) Selesai Solat Hajat, mulakan bacaan Surah Yaasin mengikut
kaedah seperti berikut;




Kaifiat Bacaan Surah Yaasin untuk Mengembalikan Barang Hilang 


a. Membaca Surah Yaasin, apabila sampai pada perkataan
Mubin yang pertama (iaitu diakhir ayat 12), berdoalah
supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang,
kemudian ulang semula bacaan Yaasin daripada mula.


b. Untuk pusingan kedua, apabila sampai mubin yang pertama,
berdoalah kemudian teruskan bacaan sehingga sampai
mubin yang kedua (iaitu diakhir ayat 17). Berdoa lagi sekali
di mubin yang kedua ini kemudian ulang semula bacaan
Yaasin daripada mula.


c. Untuk pusingan ketiga, berdoa di mubin pertama, kedua dan
ketiga (iaitu diakhir ayat 24). Kemudian patah balik
membaca Yaasin daripada mula.


d. Untuk pusingan keempat, berdoa di mubin pertama, kedua,
ketiga dan keempat (iaitu diakhir ayat 47). Kemudian patah
balik membaca Yaasin daripada mula.


e. Untuk pusingan kelima, berdoa di mubin pertama, kedua,
ketiga, keempat dan kelima (iaitu diakhir ayat 60). Kemudian
patah balik membaca Yaasin daripada mula.


f. Untuk pusingan keenam, berdoa di mubin pertama, kedua,
ketiga, keempat, kelima dan keenam (iaitu diakhir ayat 69).
Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.


g. Untuk pusingan ketujuh (pusingan terakhir) , berdoa di
mubin pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima, keenam
dan ketujuh (iaitu diakhir ayat 77). Kemudian teruskan
bacaan sehingga ayat terakhir Surah Yaasin.


h. Setelah selesai bermakna anda telah berdoa sebanyak 28
kali.


(4) Untuk mendapatkan kesan yang lebih mujarab, lakukan amalan
ini selama tiga malam berturut-turut


****untuk dapatkan lebih details lagi maklumat click sini dan download pdf file tu  

gambar google

20 August 2011

Santan takdak la....

Rasa sekejap je...macam baru je lagi kita start puasa haritu kan. Ramadhan 2 tahun lepas, kebanyakkan harinya aku berbuka sorang2...sebab aku stay sorang2....sedih dak? sedih la wei, cam nak menitik air mata tetiap kali buka posa tu. Then menunya simple sgt la, sama ada aku goreng nasi or mee or bihun. Ataupun kalau letih sgt aku beli je dengan pakcik yg berniaga kat hujung jalan tu.

Puasa tahun lepas, adik aku ada sini, so kebanyakkan harinya aku berbuka dengan dia. Pastu kebetulan kakak angkat aku yg nurse HKL tu terterjun jatuh ditimpa tangga di HKL. So sebulan dia dan kakak yang lagi sorang tu stay kat umah aku. So aku ada teman 3 orang la time berbuka puasa. Selalunya masak, ataupun ke bazar ramadhan la.

Ramadhan kali ni, selain adik aku, oleh sebab abang aku ada keje kat kl ni. So kami berpuasa dan berbuka bersama 3 adik beradik kami. Complete set of the 3 siblings...Hari-hari aku kena masak sebabnya mak aku dah ajar perut 2 beradik tu yg makan masakan kat umah lagi best dari beli kat luar...So rutin aku setiap kali balik keje ialah terus ke dapur. Adik & abang aku tu kalau aku tanya nak masak apa ya utk berbuka petang ni, ada 2 je kemungkinan jawapan diaorg samaada "tak tau" & "ntahla"..aku dah la pemasak tahap amatur, yg skill memasaknya masih kurang lagi...sesekali ja depa dpt bg suggestion kat aku. Hmmm kesudahannya aku jugak yang tengah dok kat office sambil2 buat keje dok pikir nak masak apa...diaorg ni suka tul membuatkan saliva aku perlu ditelan tau, ketika terpaksa menggoogle gambar2 makanan waktu bulan posa utk cari idea nak masak apa...haihhh depa ni nak kena...hehehe

Semalam dah takde idea nak masak lauk apa dah...so aku pun mengambil keputusan masak nasi lemak sambal tumis makan dengan bilis, ayam dan telur rebus. Then time dpt idea tu pagi2 lagi aku dah cakap kat abang aku,  ...sebab kalau tunggu aku beli alamatnya tak sempat la nak masak, aku kul 5 baru office tutup rapat abih keje.

Berikut adalah perbualannya :
Aku : "Aba jap lagi tolong beli santan ya..Inda nak masak nasi lemak utk berbuka"

kemudian aku pun gi keje...balik je dari keje...

Abang aku : "santan takdak la Inda, dah kedai santan yg belakang tu tutup, kedai runcit tu plak tak jual santan"
Aku : " pastu dah santan takdak, Aba tak beli nyiok ka?" 
Abang aku : Dak pun, awat kalau santan takdak nak beli nyiok ka...Inda tak cakap pun? (sambil buat muka seposen)
Aku : Yela, beli nyiok yg dah dimesin tu pastu Inda boleh buat santan...(serius rasa nak gelak dah time ni)
Abang aku : Dah pesan beli santan, Aba cari santan la...
Aku : Hmmm Aba ni...sabar je la (tergelak aku, dia pun join gelak sama) lawak dipetang hari sungguh...
Abang aku : Tapi Aba beli santan kotak...ok kan?
Aku: Laa awat tak bagitau awal2...penat Inda dok pikir menu lain tau...ok la tu 

Lawak kan bila suruh orang lelaki ke kedai, apa yang kita pesan yang tu la diaorg cari...tapi nasib baik abang aku tu clever jugak pi beli santan dalam kotak tu...mesti dia clever sebab dulu2 mak aku breastfeed dia ni :)...Hasilnya dapat la kami berbuka makan nasi lemak aku masak...Dah 4 hari beturut2 kami berbuka bereenam sebab cousin aku 3 orang pun datang berbuka kat umah aku. So aku jadi cam puteri kayangan la sebab berbuka bersama 5 orang lelaki...Diaorang semua lelaki, aku sorang je perempuan...Tapi bila pikir2 balik puteri hapenya sebab aku kena masak dan buat keje semua...so maybe buleh anggap aku = Cinderella la kot...hahahaha

***semalam Abang aku balik Kedah jap, menjenguk anak, bakal anak & isterinya...hari isnin dia datang KL balik :)

korang tanya nyiok tu apa? Nyiok = kelapa ye kawan2..:)

19 August 2011

Pasai apa saya tak reply sms?


  • assalamualaikum kawanku,
  • sorry tak reply msg awak...bukan apa...smp skrg sy tak boleh nak cakap telefon dgn sesapa pun kalau pasal masalah yg dihadapi skrg...sebabnya rasa cam tak manis kalau sy bercakap dgn awak ikut telefon then time tu plak saya pasti saya akan terbawa2 emosi..tak manis rasanya kalau ternangis kat awak..sebab kat haritu awak janji kalau awak sms then saya balas...awak nak call saya...jadinya tu la sebab kenapa saya tak reply bila awak sms saya tu...jadi jgn salah paham...saya tak reply tu bukan bermaksud sy pandang sepi sms awak tu.

  • Cumanya saya cukuplah kalau kesedihan tu saya zahirkan kepada keluarga dan org terdekat saja...saya taknak membebankan awak or sesapa saja kawan saya dengan masalah saya ni, jadi saya mohon jasa baik awak...boleh tak bagi petua atau amalan yg patut saya buat tu utk lembutkan hati bekas isteri pakcik saya tu melalui email saya saja.

    • itu pun kalau tak membebankan awak la...kalau membebankan awak...takpe takyah...saya takkan marah pun..saya sgt hargai masa awak utk membaca permasalahan saya...dan betapa awak amik berat dgn masalah saya...

      Betapa saya rasa Allah sentiasa sayangkan saya...tika Allah uji saya...saat itu jugak DIA kirimkan hamba2NYA yg menyayangi dan amik berat pasal saya seperti keluarga, org yg dekat dengan saya, juga kawan2 termasuk awak yang sentiasa tak jemu pinjamkan masa, dan perhatian utk saya....

    • so mintak maaf sekali lg sebab tak balas sms awak..
    • maafkan saya, kawan
      sejuta terima kasih......