29 July 2011

Bekerja dengan separuh mata terbuka

Ni semua gara2 semalam, aku pun tak sure nape aku susah nak tido semalam. Mata tak ngantuk lansung, sampai kul 3am ++ takleh tido. Then line internet buat hal, lajunya tahap siput sedut, lagi la hangin. So bila susah nak tido tu lagi banyak benda2 datang kat fikiran.

Okla jugak tu kan, takde la membuang masa boleh gak guna kan masa tu utk berfikir, tapi xde la plak dapat solution apa2 masalah pun...takat pikir je la. Then harini time bangun subuh, hujan lebat plak..hmm memang tergoda untuk tido lagi je. Tapi memikirkan tak rela nak tido berselimutkan kulit **** so aku pun bangun la.

Then cadang pastu nak tido balik, tapi lepas solat subuh dalam kul 630am tu Encik Cinta sms tanya dah solat ke, lepas bercinta sms beberapa kali, pastu stop sebab Encik Cinta kena gi keje dah. Aku plak cadang nak sambung tido maklum la keje kat masuk kul 9am, setelah berusaha untuk tido lagi aku takleh gak tido, so aku pun melipat la segala baju yang bertimbun, gunung ganang tak dilipat tu. Encik Cinta harini pagi2 bertolak ke Shah Alam, ada tugas di Shah Alam.

Lepas tu aku teringat nak gi tengok cermin muka aku camna..sekali tengok alamak bawah mata ada eyebag la, mesti kesan asyik tido lambat je semenjak 2 menjak ni kan. So kena buat sesuatu la pasal tido ni, kang macam mana nak awet muda kan..:P

28 July 2011

Banyak Sangat Pikirnya



Petang semalam time balik dari keja, sampai je kat umah aku berusaha nak buka padlock grill pintu tu tapi tak boleh. Puas aku dok berusaha tapi tak boleh jugak, heran sungguh aku nape plak takleh bukak...Tapi lepas tu baru sedar aku guna kunci lain memang la tak boleh dibuka, patutla, kalau camtu sampai ke pagi esok pun belum tentu padlock tu terbuka..apa la aku ni

Pastu balik tu mandi2 lepas tu terus memasak sebab aku lapar then aku tengok adik aku pun cam lapar je, makan malam kami ialah selepas maghrib, dah biasa camtu. Jadi lepas balik keja, memang aku akan masak terus la. Aku cadang nak broccoli oyster sauce, dah potong bawang putih banyak2...pastu lepas menumis tu time nak masukkan broccoli tu baru aku perasaan, nape plak aku pi potong carrot plak ni. La camna boleh silap ni. Terpaksa slowkan api tehn cepat2 potong broccoli. Nape la dengan aku ni kan carrot & broccoli tu dah la warna sikit punya beza, tekstur dan rupa lagi la beza, nape aku boleh tak sedar.

Lepas tu aku sedar satu benda, aku pikir banyak sekarang, sampai kadang2 aku hilang tumpuan. Masalah tu memang menghimpit jiwa dan minda la. Berharap sangat semuanya akan berakhir dengan kesudahan yang baik. Ya Allah ampunkan dosaku, ampun dosa kedua mak& ayahku, ampunkan dosa semua insan yang menyayangiku, ampun dosa semua kawan2ku,  aku memohon Ya Allah agar kau tenangkanlah kami semua dalam menghadapi ujian dariMU, aku juga berdoa agar kau berikanlah hidayah kepada kami semua juga kepada pihak2 yang sering berbuat masalah kepada orang lain, agar mereka sedar yang mana baik dan buruk. Amin Ya Rahman Amin Ya Rahim.

HADAPI DENGAN SENYUMAN 
-Dewa 19-
Lagu ini aku dok asyik dengar je dari tadi 


27 July 2011

X-ray hati ataupun perasaan

Bestkan kalau kita ada alat boleh x-ray hati atau perasaan orang lain. Senang takyah dok agak2 apa orang tu rasa kat kita. Kalau alat macam ni wujud, mesti tak banyak insan-insan yang kecewa tau, sebab orang tak leh nak berbohong pasal perasaan dia kat seseorang.

Gambar hiasan 
pic hasil digoogle

Kalau alat camtu ada, mesti kurang kewujudan casanova / player / playgirl / playboy kan...tapi playground haruslah kena bertambah kalau tak budak2 nak main aka bersantai kat mana kan..:p...Then istilah lidah bercabang pun takde la digunakan secara meluas kan?..:)

Dengan penggunaan alat tu mesti sikit je hati yang cair dengan ayat2 manis madah berhelah tau. Sebab setiap kali seseorang bagi ayat manis, kita mesti dapat scan/x-ray dan tau sama ada itu hanya ayat manis dibibir ataupun memang ikhlas from the bottom of her/his heart. Jadinya hati pasti cair hanya pada orang yang sepatutnya saja la. Tapi sekarang ni banyak hati2 yang cair pada ayat2 manis dibibir sahaja tau, sampai ada yang terkorban tau. Sian, banyak yang tertipu hingga tergadai harta malah maruah .


Gambar berkaitan bukan hiasan :)
pic hasil digoogle
Alat tu nanti membantu kita semua supaya tak perlu tertanya2 apa org lain rasa tentang kita, semua kebenaran akan terbukti dan dikesan. Tapi yang aku tau sekarang ada alat yang pihak berkuasa or pihak2 tertentu guna untuk kesan orang tu berbohong atau tak (selalu tgk kat cita penyiasatan orang putih ni) ..Orang yang nak kena soal siasat kena pakai apa ntah kat kepala ke tangan ek (tetiba lupa)..pastu bila ditanya soalan, orang yang kena soal tu akan diteliti dari segi Voice Stress Analysis dan Heart Rate..Kalau tak salah aku kalau kita berbohong jantung kita berdegup lebih laju dari biasa tau. Haa baru aku teringat alat tu nama apa, alat pengesan bohong poligraf (lie detector), susah tul nak ingat tadi, kena makan kismis banyak aku ni, takkan dah nak kena amik supplement ginkgo biloba kot. (nak reload tahap ingatan) hehehe

Tapi alat tu bukan utk komersial..pastu kena masuk lab tau baru bleh guna alat tu, takkan la setiap kali kita kenal orang, terus kita uji dia guna alat tu kot..kang takde sapa kot nak kenal or kawan or bercinta dengan kita la kot..kang tak pasal2 dapat gelaran mamat/minah psycho lak kang...naya je..hehehe

Kalau Nobita boleh la minta alat pengesan perasaan dengan Doraemon kan. Asal minta je, then Doraemon pun akan seluk poket then cakap "ALAT PENGESAN PERASAAN"
senang woo kalau camtu...:P
Gambar ni pun berkaitan bukan hiasan :)
pic hasil digoogle

Wordless Wednesday


Jom Membaca!!!

gambar google

26 July 2011

Dulu2 aku ada tak ajak orang kawin?

Ada ke takde eh?


Tadi time rehat aku gi tengok tv jap...then ada tertengok cite kat TV2..dah namanya pun tertengok, offcourse la aku tak sure tajuk cita tu apa. Yang penting dlm cite tu ada zed zaidi, nurakhiriah, Julia Ziegler dan ramai la pelakon. 

Ada satu babak tu menarik perhatian aku, time diorang kecik2 (time sekolah rendah).Diaorg selalu main kawin2..Ada watak 2 budak kecik kecik tak kecik sangat la..yang budak lelaki tu tu cakap camni kat kawan dia :

Boy : Awak nanti dah besar nak jadi apa?
Girl : Saya nak jadi businesswoman dan pereka fesyen yg berjaya. Awak plak nak jadi apa?
Boy : Saya nak jadi Engineer nak reka bangunan tinggi2 pencakar langit.
Girl : Wah bestnya cita2 awak tu...nanti lepas kita dua berjaya...KITA KAWIN YE AWAK....
Boy : Ok nanti kita kawin.


Lepas tengok tu, terus aku pikir, aku pernah ke tak eh cakap camtu time kecik2 dulu...kot2 la aku pernah ajak sesapa kawin time kecik2 dulu...Setelah puas aku pikir, aku pernah la dipaksa main kawin jadi pengantin perempuan, tp aku nangis2 woo takmau jadi pengantin time tu sebab aku tak suka budak lelaki yang kena kawin dengan aku tu...aku nangis beriya ok, sampai mak aku + makcik2 kat situ kena pujuk aku.. tak kengalahkan realiti kena kawin paksa..hahahah apa la aku time tu kan..

So confirmla dari ingatan aku tak pernah ajak sesapa kawin time kecik2 dulu. Tapi sekarang ni aku ada la ajak seseorang tu kawin dengan aku tu pun lepas dia ajak aku kawin la...Kan Encik Cinta kan? ;) haa ngaku cepat...hehehehe

gambar  hasil digoogle

Wasiat & Kepentingannya

Sekadar berkongsi
PENGERTIAN WASIAT
Wasiat ialah suatu hasrat atau keinginan yang dizahirkan secara lisan atau bertulis oleh seseorang mengenai hartanya untuk diuruskan selepas berlaku kematiannya. Tetapi wasiat yang dibuat secara lisan adalah terdedah kepada fitnah akibat arahan yang tidak jelas dan boleh dipertikaikan di kalangan ahli waris.
DALIL WASIAT
Wasiat adalah dibenarkan di dalam Islam. Wasiat disyariatkan melalui dalil Al-Quran, Sunnah Nabi s.a.w., amalan sahabat dan ijma’ ulama’.
·     Dalam Al-Quran, ALLAH berfirman:
Kamu diwajibkan apabila seseorang dari kamu hampir mati jika dia ada meninggalkan harta hendaklah dia membuat wasiat untuk ibubapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik (menurut peraturan agama) sebagai suatu kewajipan atas orang-orang yang bertakwa. – Surah Al-Baqarah: 180
·     Dalam Sunnah, Rasulullah s.a.w. bersabda:
Seseorang Muslim yang mempunyai sesuatu yang boleh diwasiatkan tidak sepatutnya tidur dua malam berturut-turut melainkan dia menulis wasiat di sisinya.- Hadis riwayat Bukhari dan Muslim
Hadis ini menyebut kalimah ‘tidak sepatutnya’ menunjukkan bahawa langkah persediaan perlu diambil oleh setiap seorang Muslim dengan menulis wasiatnya kerana dia tidak mengetahui bila ajalnya akan tiba.Kemungkinan kelalaiannya akan mengakibatkan segala hajatnya tergendala dan tidak terlaksana.
·     Rasulullah s.a.w. turut bersabda:
Orang yang malang ialah orang yang tidak sempat berwasiat.Hadis riwayat Ibnu Majah
Sabda Rasulullah s.a.w. lagi:
Sesiapa yang meninggal dunia dengan meninggalkan wasiat maka dia mati di atas jalan Islam dan mengikut sunnah. Dia mati dalam keadaan bertaqwa, bersyahadah dan dalam keadaan diampunkan Hadis riwayat Ibnu Majah
KEPERLUAN WASIAT & SEBAB UTAMA MENGAPA ANDA PERLU MEMILIKI DOKUMEN WASIAT

1. ARAHAN PEMBAHAGIAN HARTA YANG JELAS.
Sekiranya anda memiliki wasiat, bukan sahaja anda memiliki arahan pembahagian harta yang jelas samada kepada waris atau bukan waris, tetapi anda dapat menyampaikan amanat-amanat serta pesanan terakhir anda kepada orang yang ditinggalkan.

2. PESANAN DAN AMANAT TERAKHIR
Anda berpeluang menyampaikan amanat dan pesanan-pesanan terakhir anda kepada waris yang ditinggalkan. Ketika pesanan dan amanat itu dibacakan kepada waris-waris anda telah pun tiada di alam yang nyata. Bukankah setiap pesanan yang baik itu sudah tentunya akan memberikan kesan yang mendalam terhadap orang yang ditinggalkan. Anda perlukan doa-doa dari anak yang soleh untuk bekalan anda di akhirat sana. Bukankah terputus amal mereka yang telah mati kecuali antara 3 perkara yang anda ada iaitu anak-anak yang soleh. Mintalah mereka untuk menjadi mukmin soleh/solehah yang sentiasa mendoakan kesejahteraan ibubapanya.

3. MELUNASKAN HUTANG DAN TANGGUNGAN
Pada zaman ini, boleh dikatakan sebahagian besar daripada kita berhutang, ada yang banyak, ada yang sedikit. Berhutang atau meminjam untuk keperluan adalah dibenarkan dalam Islam, namun Islam turut menekankan dengan tegas mengenai tanggungjawab untuk membayar hutang, walaupun selepas kematian.
Antara peringatan yang disabdakan oleh Rasulullah saw:
Sesungguhnya orang yang berhutang terpenjara di kuburnya sehingga hutang tersebut diselesaikan (oleh saudara-maranya).- Hadis riwayat At-Tabrani
Malah tidak terkecuali bagi mereka yang mati syahid sepertimana sabda Rasulullah s.a.w.:
Diampuni semua dosa orang yang mati syahid kecuali hutang.- Hadis riwayat Muslim
Berdasarkan hadis-hadis di atas, bermakna seseorang Muslim itu amat memerlukan waris-waris & saudara-mara mereka yang masih hidup untuk menyelesaikan segala tanggungan hutang yang ada selepas kematiannya.

gambar google
4. MENYEMPURNAKAN HAK DAN HASRAT
i) Menyempurnakan HAK (waris yang ditinggalkan)
Menurut Islam, selepas kematian seseorang Muslim, maka wujudlah hak-hak tertentu ke atas harta yang ditinggalkannya. Hak-hak tersebut telahpun ditentukan sendiri oleh ALLAH secara khusus di bawah hukum faraid. Pembahagian faraid kepada yang berhak hukumnya adalah WAJIB untuk ditunaikan, dan FARDHU KIFAYAH kepada umat Islam (khususnya waris-waris) untuk menyelesaikannya. Bagaimanapun terdapat salah faham dalam masyarakat Melayu kita di mana ramai yang merasakan bahawa mereka tidak perlu membuat wasiat kerana telah adanya hukum faraid. Persoalannya, apakah jaminan bahawa mereka (waris-waris) tersebut akan mendapat hak mereka jika kita sendiri tidak membuat langkah-langkah awal bagi memastikan hukum tersebut dapat dilaksanakan dengan sempurna?
Sedarkah anda bahawa umat Islam kita masih jauh ketinggalan dan gagal dalam melaksanakan hukum faraid ini? Realitinya, sebanyak sejuta kes tanah pusaka di Malaysia (laporan Pejabat Tanah) dianggar bernilai RM38 bilion masih tidak dapat diselesaikan kerana masalah pewarisan dan 90% daripadanya adalah milik orang Melayu (yang rata-ratanya beragama Islam). Ini bermakna begitu banyak sekali harta-harta umat Islam yang terbeku dan begitu ramai yang tidak mendapat bahagian hak mereka termasuk mereka yang sepatutnya mendapat hak faraid. Kini timbul persoalan dari segi hukumnya, siapakah yang akan menanggung dosa-dosa ini?
 
Keadaan di atas berlaku akibat kelalaian dan kegagalan umat Islam sendiri dalam membuat langkah-langkah persediaan ketika hidupnya.Oleh itu, apakah langkah dan persediaan kita sendiri supaya keadaan ini tidak akan berlaku kepada harta-harta kita pula? Dengan persediaan yang baik dan melalui dokumen wasiat yang lengkap dan sempurna, sudah tentu akan dapat MENJAMIN hak-hak untuk mereka yang tersayang (ibu, ayah, isteri, suami, anak-anak) akan mendapat hak mereka (termasuk hak harta sepencarian pasangan) sekaligus hukum faraid dapat ditunaikan.  

ii) Menyempurnakan HASRAT (pahala berkekalan)
Di samping hak-hak yang memang telah termaktub dalam hukum, kita juga boleh menyempurnakan hasrat dan niat murni kita yang lain khususnya untuk TUJUAN KEBAJIKAN. Melalui wasiat, hasrat untuk membantu atau membela mereka yang tidak mendapat bahagian faraid dapat ditunaikan seperti waris terdinding, cucu yang kematian ayah, anak angkat, ibu bapa angkat, ahli keluarga asal muallaf yang masih tidak beragama Islam dan sebagainya (terhad 1/3 daripada pusaka bersih).
Begitu juga niat untuk menginfaqkan harta melalui amalan sedekah jariah dan berwaqaf untuk manfaat ummah dan ganjaran pahala yang berkekalan sebagaimana sabda Rasulullah saw:
Apabila mati seseorang anak Adam, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: i) sedekah jariah, ii) ilmu yang dimanfaatkan dan iii) anak soleh yang sentiasa mendoakannya.- Hadis riwayat Muslim

sumber http://amanah2u.com..credit utk admin amanah2u :)
untuk pembacaan lebih lanjut Click Sini :)
Mati itu pasti marilah sama-sama membuat persediaan kearah itu, dengan harapan selepas kita mati kita tak susahkan insan-insan tersayang yang kita tinggalkan. 

KEWAJIPAN MEMBAYAR HUTANG

Sekadar perkongsiaan 


KEWAJIPAN MEMBAYAR HUTANG MENURUT PANDANGAN ISLAM



              Hutang merupakan satu jalan penyelesaian yang diberikan oIeh Islam kepada penganutnya bagi memudahkan urusan kehidupan mereka. Beberapa syarat diletakkan oIeh para ulama' kepada penghutang dan pemiutang supaya kemudahan yang diberikan oIeh Islam ini tidak disalahgunakan. Islam menganggap hutang merupakan suatu amalan yang dibenarkan ketika wujud keperluan dan kepentingan. Namun Islam tidak menggalakkan berhutang jika bertujuan untuk hidup bersenang-lenang dan bermewah-mewah. Rasulullah s.a.w.   pernah   berdoa   memohon   kepada   Allah supaya dijauhi daripada hutang dengan sabdanya sebagaimana yang diriwayatkan oIeh An-Nasai :

Ertinya: "Ya Allah!, sesungguhnya Aku berlindung kepada-Mu dari dosa dan hutang, lalu bertanya seseorang kepadanya: Alangkah banyaknya doa Engkau meminta jauh dari hutang?, maka Baginda menjawab: "Jika seseorang berhutang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia memungkiri".   
                 
          Doa Rasulullah tersebut menunjukkan bahawa amalan berhutang merupakan amalan yang kurang sihat jika tidak diuruskan dengan sebaiknya kerana boleh menjadikan manusia kepada suka bercakap bohong dan memungkiri janji. Justeru, kita sebagai umat Islam seharusnya berusaha menjauhinya dengan sedaya mungkin.


Segelintir umat Islam pada hari ini tidak mengambil berat mengenai pembayaran balik hutang. Justeru kita melihat bagaimana ramainya peminjam-peminjam yang enggan membayar hutang. Hutang-hutang pengajian, rumah, kereta, hutang syarikat atau hutang peribadi. Tidak membayar sewa dianggap remeh dan tidak penting bagi mereka. Malah ada juga yang lebih rela digelar muflis asalkan tidak perlu membayar jumlah hutangnya yang menimbun.

Marilah sama-sama kita merenung Sabda nabi s.a.w. yang diriwayatkan oIeh Bukhari;
Maksudnya:
 "Melewat-lewatkan orang berkemampuan daripada menunaikan hak adalah zalim".
         
 Rasulullah s.a.w. juga pernah menggambarkan mengenai golongan manusia yang sengaja tidak mahu membayar hutang. Sabda nabi s.a.w. Riwayat Bukhari:

Maksudnya: "Barangsiapa yang mengambil harta orang lain (berhutang) dengan niat ingin membayarnya kembali, Allah akan menolongnya dalam membayar kembali, namun barangsiapa yang mengambilnya dengan niat untuk menghilangkannya,  maka Allah akan menolong menghilangkannya".

          Ingatkah kita dengan kisah bagaimana Rasulullah menolak untuk menyembahyangkan jenazah yang tidak melangsaikan hutangnya?. Walaupun setengah ulama' menganggap keengganan Rasulullah ini berlaku pada Awal permulaan Islam, namun ia tetap membuktikan perhatian dan penekanan Islam terhadap isu hutang. Bukan itu sahaja golongan yang mati syahid pun, yang sanggup mengorbankan harta dan jiwa mereka untuk Islam turut tidak terlepas daripada kewajipan ini jika masih mempunyai hutang.
 Rasulullah s.a.w. bersabda yang diriwayatkan oIeh Imam Bukhari:

Maksudnya : "Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban syahid kecuali jika ia mempunyai hutang".            
                    
          Oleh itu, marilah kita menyedari tentang pentingnya untuk setiap orang membayar hutang masing-masing, baik kepada negara, individu dan lain-lainnya demi menjaga kepentingan masyarakat, agama dan negara.

Maksudnya: "Bukan demikian, sebenarnya sesiapa yang menyempurnakan janjinya (mengenai hak orang lain) dan bertakwa, maka sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertakwa".   (Ali ‘Imran: 76)   



(Petikan dari Khutbah Jumaat Bacaan 4 Jun 2010)
Sumber dari  http://www.jais.gov.my 

***Bagi yang berhutang kemudian dia mati, adalah menjadi tanggungjawab waris atau saudara maranya yang masih hidup untuk menyelesaikan segala tanggungan hutang yang ada selepas kematiannya.

***Oleh sebab ini la, wasiat itu penting.